Dikuasakan oleh Blogger.

BAKAR DIRI, TERJUN BANGUNAN KERANA BOSAN TONTON TV


BAKAR DIRI, LOMPAT BANGUNAN KERANA BOSAN TONTON TV

Rusia memang cukup terkenal dengan penduduknya yang sering kali melakukan aksi pelik dan ngeri. Jika sebelum ini kita lihat sekumpulan remajanya yang berhati kering suka berselfie di atas puncak bangunan tinggi tanpa sebarang peralatan keselamatan, kini lagi pelik gelagat mereka ini.

Seorang lelaki berusia 23 tahun melakukan aksi pelik dengan membakar dirinya sendiri dan bertindak nekad lompat dari bangunan. Dia terjun daripada tingkat sembilan sebuah apartmen hanya kerana berasa bosan menonton televisyen di rumah. Bagaimanapun, dia terselamat kerana jatuh di atas gumpalan salji.

Alexander Chernikov, yang juga seorang pemain hoki ais profesional kemudiannya ditahan pihak polis dan didenda kerana mengganggu ketenteraman awam. Ketika disoal polis, Chernikov berkata, dia perlu melakukan sesuatu untuk menghilangkan rasa bosan dan langsung tidak menyesali dengan melakukan aksi itu.

Sebelum ini, Chernikov dikatakan pernah melakukan aksi yang sama dengan membuat lompatan dari tingkat lima sebuah bangunan. Katanya dia benar-benar meminati aksi ngeri dan berimpian menjadi seorang pelagak aksi ngeri profesional suatu hari nanti.


VIDEO : Chernikov ketika melakukan aksi peliknya yang tersebar di laman Youtube.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "BAKAR DIRI, TERJUN BANGUNAN KERANA BOSAN TONTON TV"

Back To Top