KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 11 FEBRUARI 2015
Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk minggu ke 25 berlangsung bermula pada 11 Februari 2015 (Rabu). Sebanyak empat perlawanan melibatkan pasukan Arsenal, Liverpool, Tottenham, Leicester City, Hull City, QPR, Sunderland dan Aston Villa telah diadakan pada hari ini. Masih berbaki enam lagi perlawanan untuk melengkapkan keputusan penuh liga EPL 2014-2015 pada minggu ke 25 ini.
Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur dengan keputusan 3-2. Gol awal perlawanan dibuka dengan jaringan oleh Markovic pada minit ke-15 buat Liverpool. Belum tamat babak aksi pertama permainan, Tottenham berjaya menyamakan jaringan menerusi sepakan percuma oleh Harry Kane.
Memasuki babak kedua permainan, Gerrard kembali meletakkan Liverpool di depan menerusi ledakkan sepakan penalti di minit ke 53. Bagaimanapun, kedudukan itu tidak kekal lama apabila Dembele menjaringkan gol buat Tottenham pada minit ke 61. Namun, Liverpool sekali lagi berjaya menghasilkan jaringan menerusi bintang baru mereka iaitu Balotelli 7 minit sebelum tiupan wisel penamat. Jaringan ketiga Liverpool itu adalah gol pertama yang dicipta oleh Mario Balotelli sejak beraksi dalam kancah EPL ini.
Manakala perlawanan melibatkan Arsenal menentang Leicester City berakhir dengan dengan keputusan 2-1. Arsenal menang dan berjaya memungut tiga mata penuh di Emirates. Kemenangan itu sekali gus melonjak kedudukannya ke tangga keempat liga dengan jumlah kutipan mata sebanyak 45 mata.
Berikut adalah keputusan penuh Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung bermula pada 11 Februari 2015 (Rabu).
12 Februari 2015 (Waktu Malaysia)
● Manchester City 4-1 Stoke City - 3:45 AM
Goals:
33' 70 (P) Sergio Agüero
38' Peter Crouch
55' James Milner
76' Samir Nasri
● Manchested United 3-1 Burnley FC - 3:45 AM
Goals:
6' 48' Chris Smalling (6, 45+3)
12' Danny Ings
82 (P) Robin van Persie
● Chelsea 1-0 Everton - 3:45 AM
Goal:
89' Willian
● Southampton 0-0 West Ham - 3:45 AM
● Crystal Palace 1-1 Newcastle - 4:00 AM
Goals:
42' Papiss Demba Cissé
71' Fraizer Campbell
● Swansea City 0-2 West Brom - 4:00 AM
Goals:
60'Brown Ideye
74' Saido Berahino
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 11 FEBRUARI 2015"