Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 21 Februari 2015

Keputusan Liga Super 2015-21 Februari 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 21 Februari 2015

Kejohanan bola sepak Liga Super Malaysia 2015 kini telah berlangsung pada minggu ketiga, dengan melibatkan kesemua pasukan. Keputusan dan carta kedudukan setiap pasukan yang bersaing dalam kejuaraan ini, telah pun tercatat. Perlawanan antara Selangor dan Johor Darul Ta'zim mencatatkan keputusan seri 1-1 dan masing terpaksa berkongsi satu mata. Pasukan Selangor dilihat terdahulu di depan JDT apabila Andik Vermansyah meledak gol pertama pada kurang satu minit permainan. Bagaimanapun, pada babak kedua permainan, JDT berjaya mengikat kedudukan dengan jaringan Lucioano Figueroa di minit ke-62.

Sementara itu, pasukan kelantan rebah di Kota Bharu apabila dibelasah PDRM dengan keputusan 4-0. Kelantan mula bolos pada minit ke 46 dengan jaringan Ashfaq Ali. Seterusnya bolos lagi selepas PDRM menerima sepakan penalti pada minit ke-54 menerusi jaringan Dramane Traore. PDRM terus tampil garang dengan ledakkan ketiga, sekali lagi menerusi Ashfaq Ali pada minit ke-73. Jaringan terakhir pula dijaringkan pada minit ke-85 oleh Mohamadou Sumareh untuk membawa pulang 3 mata penuh buat PDRM dari Kota Bahru.

Manakala, bagi perlawanan antara Terengganu menentang Sime Darby pula berakhir dengan keputusan 2-1. Terengganu berjaya menundukkan pasukan Sime Darby sekaligus mendapatkan mata berharga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Paulo Rangel menjadi penyumbang utama buat Terengganu apabila Rangel meledak 2 gol kemenangan itu. Gol sagu hati Sime Darby pula dihasilkan oleh Nemanja Vidakovic pada minit ke 61 permaianan. Lain-lain keputusan adalah seperti di bawah.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Super Malaysia 2015 selepas selesai perlawanan untuk semua pasukan minggu ini. Sabtu, 21 Februari 2015:

● SELANGOR 1-1 JDT
Goals:
1' Andik Vermansyah
62' Luciano Figueroa

● PDRM 4-0 KELANTAN
Goals:
46'/ 73 Ashfaq Ali
54' Dramane Traore (Pen.)
85' Mohamadou Sumareh

● TERENGGANU 2-1 SIME DARBY
Goals:
48'/78 Paulo Rangel
61' Nemanja Vidakovic

● SARAWAK 0-0 PAHANG

● PERAK 2-2 LIONS XII
Goals:
4' Khairul Amri
26' Chad Souza
49' Namkung Wong
68' Firdaus Kasman

● FELDA UNITED 2-1 ATM
Goals:
15' Edward Wilson
28' Ahmad Syamim Yahya
35' Norsaharul Idlan Talaha

Carta Kedudukan Liga Super 2015 selepas 3 perlawanan

Carta kedudukan Liga Super 2015- 21 Februari 2015

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER MALAYSIA 2015 21 Februari 2015"

Back To Top