Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 21 FEBRUARI 2015

Keputusan Penuh Liga Perdana Inggeris EPL 21 Februari 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 21 FEBRUARI 2015

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung mula 21 Februari 2015 adalah perlawanan minggu ke-26. Pendahulu liga, Chelsea dalam pertemuannya bersama Burnley FC sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1.

Beraksi di laman sendiri, buat Chelsea langsung tidak membawa kelebihan untuk mengutip mata penuh ke atas Burnley FC apabila hanya terpaksa berpua s hati dengan keputusan seri. Biarpun Chelsea mendahului di depan pada minit ke-14 oleh jaringan Ivanovic, namun, Ben Mee berjaya mengikat kedudukan sama buat Burnley FC di minit ke-81 permainan. Bagaimanapun, kedudukan Chelsea terus kukuh dan konsisten sebagai pendahulu liga dengan kutipan mata sebannyak 60 mata.

Manakala, perlawanan Arsenal menentang Crystal Palace, mencatatkan keputusan 2-1. Arsenal berjaya memperoleh tiga mata penuh selepas menjinakkan Crystal Palace di laman lawan. Jaringan dibuka seawal minit kelapan buat Arsenal apabila Santi Carzorla menyempurnakan sepakan penalti. Belum tamat separuh masa permainan, Arsenal sekali lagi meledak gol keduanya menerusi Olivier Giround. Bagaimanapun, Crystal Palace yang ketinggalan dua gol berjaya menghasilkan jaringan menerusi Clenn Murray di saat-saat akhit permainan. Kemenangan itu membawa Arsenal melonjak di tangga ke-3 liga dengan kutipan mata sebanyak 48 mata.

Sementara itu, Manchested United buat hal lagi... apabila tewas ditangan Swansea di laman sendiri dengan keputusan 2-1. Manchested United yang terdahulu di depan dengan jaringan gol pada minit ke-28, bagaimanapun, berjaya dipintas Swansea. Ki Sung-yueng berjaya membuat jaringan balas selang dua minit selepas ledakan Ander Herrera. Perlawanan kedua-dua pasukan semakin rancak hingga membuahkan hasil apabila Swansea sekali lagi berjaya membolos gawang gol Man United. Jaringan oleh Bafétimbi Gomis itu, menjulang kemenangan buat Swansea ke atas pasukan Manchested United.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung mula pada 21 Februari 2015 (Sabtu).

● Sunderland 0-0 West Brom

● Aston Villa 1-2 Stoke City
Goals:
20' Scott Sinclair
45' Mame Biram Diouf (45)
93' Victor Moses (Pen.)

● Chelsea 1-1 Burnley FC
Goals:
14' Branislav Ivanovic
81' Ben Mee

● Arsenal 2-1 Crystal Palace
Goals:
8' Santiago Cazorla (Pen.)
46' Olivier Giroud
94' Clenn Murray

● Manchested United 1-2 Swansea City
Goals:
28' Ander Herrera
30' Ki Sung-yueng
73' Bafétimbi Gomis

● Hull City 2-1 Queens Park Rangers
Goals:
16' Nikica Jelavic
39' Charlie Austin
89' Dame N'Doye

22 Februari 2015
● Manchester City 5-0 Newcastle
Goals:
2' Sergio Agüero (Pen.)
12' Samir Nasri (12)
21' Edin Dzeko
51' 53' David Silva

● Tottenham 2-2 West Ham
Goals:
22' Cheikhou Kouyaté
62' Diafra Sakho
81' Danny Rose
96' Harry Kane

● Everton 2-2 Leicester City
Goals:
57' Steven Naismith
63' David Nugent
88' Matt Upson (Gol sendiri)
70' Esteban Cambiasso

23 Februari 2015
● Liverpool 2-0 Southampton
Goals:
3' Philippe Coutinho
73 Raheem Sterling
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 21 FEBRUARI 2015"

Back To Top