Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 25 FEBRUARI 2015

Keputusan Penuh Liga Juara-juara Eropah-(UCL)-25 Februari 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 25 FEBRUARI 2015

Perlawanan ketiga dalam kelompok 16 pasukan pada pusingan kalah mati pusingan pertama kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 25 Februari 2015. Perlawanan melibatkan pasukan Barcelona menentang Manchester City dan Juventus menentang Borussia Dortmund.

Pada pertemuan Barcelona bersama Manchester City, kelab gergasi Sepanyol menang dengan keputusan 2-1. Bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez menyumbat dua gol membantu Barcelona mendahului Manchester City dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. Suarez membuka jaringan pertamanya pada minit ke 16 dan keduanya pada minit ke 30 permainan.

Bagaimanapun, Sergio Aguero berjaya meledak gol pada minit ke 69 perlawanan bagi merapatkan jurang dengan jaringan Barca. Namun, setelah City tampak bangkit, rumah rumah tersentak apabila terpaksa beraksi 10 orang pemain selepas Gael Clichy dilayangkan kad merah. Derita ditambah lagi setelah Barcelona dihadiahkan sepakan penalti di minit-minit terakhir perlawanan. Namun, Joe Hart berjaya menyelamatkan maruah City selepas menggagalkan sepakan penalti Lionel Messi. Barcelona memiliki kelebihan untuk mara ke peringkat seterusnya yang akan ditentukan pada perlawananan pusingan kedua di Nou Camp, bulan depan.

Sementara itu, perlawanan antara Juventus menentang Borussia Dortmund, mencatatkan kemenangan buat Juventus dengan keputusan 2-1. Carlos Tevez membuka jaringan awal minit ke 13 permainan selepas kegagalan penjaga gol Dormund, Roman Weidenfeller menangkap kemas bola. Bagaimanapun, lima minit selepas itu, Marco Reus berjaya mengikat kedudukan selepas kelemahan ditunjukkan pertahanan Juventus. Namun, sebelum berakhir babak pertama permainan, Juventus sekali lagi meledak jaringan menerusi Alvaro Marata selepas mendapat hantaran silang Pogba. Kemaraan ke pusingan kelapan terbaik dunia antara Juventus dan Dortmund akan ditentukan pada perlawanan timbal baik di Signal Iduna Park nanti.


Berikut adalah keputusan penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada awal rabu, 25 Februari 2015:

● Manchester City 1-2 Barcelona
Goals:
16' 30' Luis Suarez
69' Sergio Aguero

● Juventus 2-1 Borussia Dortmund
13' Carlos Tevez
18' Marco Reus
43' Alvaro Morata


Keputusan Penuh Liga Juara-juara Eropah (UCL) 25 Februari 2015

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 25 FEBRUARI 2015"

Back To Top