Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 26 FEBRUARI 2015

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 26 Februari 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 26 FEBRUARI 2015

Perlawanan keempat 16 pasukan kalah mati pusingan pertama kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 26 Februari 2015. Perlawanan melibatkan pasukan Atletico Madrid lawan Bayer Leverkusen dan Arsenal menentang AS Monaco.

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 26 Februari 2015-Arsenal-vs-AS-Monaco

Perlawanan antara pasukan Arsenal bertemu AS Monaco mencatatkan keputusan 3-1 dengan kemenangan buat AS Monaco. Jaringan pertama perlawanan dibuka oleh pemain AS Monaco, Geoffrey Kondogbia pada minit ke 38. Tendangan kencang Kondogbia dari jarak jauh mudah mengalahkan penjaga gol Arsenal, David Ospina. Power siot tendangan gol Kondogbia!

Memasuki babak kedua permainan, AS Monaco terus garang apabila sekali lagi meledak gol menerusi jaringan Dimitar Berbatov pada minit ke 54. Kelonggaran pertahanan Arsenal menjadi punca terhasiknya jaringan kedua buat AS Monaco. Arsenal terus tertekan selepas ketinggalan 2 gol di hadapan AS Monaco. Serangan yang dilancarkan Arsenal, akhirnya membuahkan hasil di minit-minit terakhir perlawanan. Alex Oxlade-Chamberlain berjaya mendapatkan jaringan pertama Arsenal dengan sepakannya di luar kotak penalti pada minit ke 91.

Namun, tekanan dan derita Arsenal bertambah lagi apabila AS Monaco sekali lagi meledak jaringan ketiganya di akhir permainan menerusi Ferreir-Carrasco. Kealpaan pertahanan Arsenal sekali lagi ditunjukkan sehingga terhasilnya jaringan Carrasco. AS Monaco membawa bekalan selesa di tempat pihak lawan untuk pertemuan timbal balik nanti di Stade Louis II.

Keputusan Penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 26 Februari 2015-Atletico Madrid-vs-Bayer Leverkusen

Sementara itu, pada siri pertemuan antara pasukan Atletico Madrid menentang Bayer Leverkusen berakhir dengan keputusan 1-0 dengan kemenangan buat Bayer Leverkusen. Jaringan tunggal Hakan Çalhanoğlu pada minit ke 57 berjaya menjulang Leverkusen. Penyandang Juara La Liga itu gagal mendapatkan jaringan penyamaan hingga tiupan wisel penamat. Kedua-dua pasukan bakal menentukan kemaraan ke pusingan seterusnya pada 90 minit lagi perlawanan di Madrid bulan hadapan.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada awal khamis, 26 Februari 2015:

• Arsenal 1-3 AS Monaco
Goals:
38' Geoffrey Kondogbia
53' Dimitar Berbatov
90+1' Alex Oxlade-Chamberlain
90+4' Yannick Ferreir-Carrasco

• Bayer 04 Leverkusen 1-0 Atletico Madrid
Goal:
57' Hakan Çalhanoğlu

Keputusan Penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 26 Februari 2015

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 26 FEBRUARI 2015"

Back To Top