KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 19 FEBRUARI 2015
Perlawanan kedua 16 pasukan pada pusingan kalah mati slot pertama kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 19 Februari 2015. Perlawanan membabitkan empat pasukan, iaitu Real Madrid bertemu Schalke 04 dan FC Basel menentang FC Porto.
Perlawanan antara penyandang Juara UCL Real Madrid, berentap bersama sebuah kelab Jerman, Schalke 04 berakhir dengan keputusan 2-0. Real menang dengan jaringan dua gol membawa bekal yang selesa untuk perlawanan timbal balik nanti. Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Dunia (Ballon D'Or) Cristiano Ronaldo menyumbang gol pertama buat Real. Ronaldo menanduk kemas di hadapan gawang gol Schalke. Manakala gol kedua Real disumbangkan oleh Marcelo menerusi rembatan padunya jarak jauh pada minit ke 79 permainan.
Sementara itu, keputusan perlawanan antara Basel menentang Porto sekadar seri, 1-1. Pasukan Basel mendahului di depan dengan jaringan pada minit ke 11 permainan oleh Gonzalez. Bagaimanapun, sebelum wisel penamat dibunyikan, Porto dihadiahkan sepakan Penalti. Sepakan penalti itu berjaya disempurnakan oleh Danilo pada minit ke 79. Nasib kedua-dua pasukan akan ditentukan pada perlawanan timbal balik untuk mara ke pusingan lapan terbaik.
Berikut adalah keputusan penuh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada awal khamis, 19 Februari 2015:
• Real Madrid 2 - 0 Schalke 04
26' Ronaldo
79' Marcelo
• FC Basel 1 - 1 FC Porto
11' Gonzalez
79' Danilo (pen.)
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 19 FEBRUARI 2015"