Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 18 FEBRUARI 2015

Keputusan Liga Juara-juara UCL 18 Februari 2015

KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 18 FEBRUARI 2015

Perlawanan pertama 16 pasukan pada pusingan kalah mati kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 18 Februari 2015. Perlawanan melibatkan pasukan Chelsea menentang PSG-Paris Saint Germain dan Bayern Munich menentang Shakhtar Donetsk.

Perlawanan antara Chelsea lawan PSG berakhir dengan keputusan seri 1-1. Chelsea berjaya mendahului PSG dengan jaringan pertama oleh Ivanovic pada minit ke 36. Bagaimanapun, memasuki babak kedua permainan, PSG tampil menyamakan kedudukan menerusi gol Edison Cavani pada 54. Keputusan jaringan itu kekal hingga wisel penamat, dan kemaraan ke pusingan seterusnya akan ditentukan pada perlawanan timbal balik di Stamford Bridge.

Manakala, pada perlawanan Bayern Munich menentang PSG juga mencatatkan keputusan seri 0-0. Perlawanan menemukan gergasi kelab Jerman dan Ukraine itu, masing-masing terikat dan gagal menghasilkan sebarang jaringan. Kemaraan ke lapan pasukan terbaik dunia bakal diketahui dalam 90 minit lagi perlawanan di Allianz Arena nanti.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Juara-juara Eropah (UCL) yang berlangsung pada awal rabu, 18 Februari 2015:

● CHELSEA  1-1 PSG-Paris Saint Germain
36' Ivanovic
54' Cavani

● BAYERN MUNICH 0-0 SHAKHTAR DONETSK

Keputusan Perlawanan UCL Round 16 (Leg 1)

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UCL) 18 FEBRUARI 2015"

Back To Top