Dikuasakan oleh Blogger.

KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 31 JANUARI 2015


KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 31 JANUARI 2015

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada 31 Januari 2015 adalah perlawanan minggu ke-23. Antara perlawanan tumpuan, adalah pertemuan antara Pendahulu Liga,Chelsea dengan Juara Liga musim lalu, Manchester City.

Pada perlawanan itu, masing-masing hanya sekadar berkongsi mata apabila terikat dengan keputusan seri 1-1. Jaringan pembukaan, berjaya terhasil daripada pasukan Chelsea menerusi Loic Remy pada minit ke-41 permainan. Manakala jaringan buat Manchester City pula dihasilkan oleh David Silva pada minit ke-45. Tiada lagi jaringan dihasilkan pada babak kedua permainan sehingga tamat perlawanan. Chelsea kekal menduduki tangga teratas liga dengan jarak 5 mata dihadapan Manchester City. Perlawanan Chelsea menentang Manchester City berlangsung pada 1 Februari jam 1.30 pagi di Stadium Etihad.

Sementara itu, Manchested United berjaya meraih kejayaan selepas menundukkan Leicester City 3-1. Jaringan pertamanya adalah menerusi penyerang utama mereka, Robin van Persie pada minit ke-27. Jaringan kedua pula disumbangkan oleh Falcao selang lima minit selepas jaringan pertama. Gol Manchested United ditambah lagi apabila pemain Leicested City menjaringkan gol sendiri sebelum tamat babak pertama permainan. Bagaimanapun, Marcin Wasilewski menyumbang jaringan tunggal buat Leicester City pada minit ke-80. Sebelum ini, Leicested City melakar sejarah apabila membelasah Manchested United dengan keputusan 5-3. Kedudukan Manchested United kini ditangga ketiga dengan sebanyak 43 mata sambil diikuti rapat Southampton.

Manakala, Tottenham dan Liverpool juga turut mencatatkan kemenangan meraih mata penuh selepas masing-masing berjaya menjinakan lawannya. Lain-lain keputusan perlawanan boleh lihat di bawah. Perlawanan pada minggu ke-23 ini berbaki dua perlawanan, iaitu Arsenal lawan Aston Villa pada 1 Februari 2015 jam 9.30 malam. Southampton menentang Swansea pula dijadualkan pada 2 Februari 2015 pada jam 12.00 pagi (waktu tempatan).

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung pada 31 Januari 2015 (Sabtu) dan 1 Februari 2015 (Ahad).

Hull City 0-3 Newcastle
Goals:
40' Rémy Cabella
50' Sammy Ameobi
78' Yoan Gouffran

Manchested United 3-1 Leicester City
Goals:
27' Robin van Persie
32' Falcao
44' Wes Morgan (Gol sendiri)
80' Marcin Wasilewski

Liverpool 2-0 West Ham
Goals:
51' Raheem Sterling
80' Daniel Sturridge

Everton 1-0 Crystal Palace
Goal:
2' Romelu Lukaku

● Burnley FC 0-2 Sunderland
Goals:
20' Connor Wickham
34' Jermain Defoe

● Queens Parks Rangers 1-3 Stoke City
Goals:
21' 34' 92' Jonathan Walters
36' Niko kranjcar

● Tottenham 3-0 West Brom
Goals:
6' Christian Eriksen
15' 64' (P) Harry Kane

1 FEBRUARI 2015

● Chelsea 1-1 Manchester City
Goals:
41' Loic Remy
45' David Silva

● Arsenal 5-0 Aston Villa ( 9.30PM)
Goals:
8' Olivier Giround
56' Mesut Ozil
63' Theo Walcott
75' (P) Santiago Cazorla
92' Hector Bellerin

2 FEBRUARI 2015
Southampton 0-1 Swansea City (12.00AM)
83' Jonjo Shelvey
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) 31 JANUARI 2015"

Back To Top