Dikuasakan oleh Blogger.

JACKIE CHAN TERIMA GELARAN DATUK

Jackie Chan dapat gelaran Datuk

JACKIE CHAN TERIMA GELARAN DATUK 

Pelakon antarabangsa yang cukup dikenali dengan lagak aksi Jackie Chan, menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2015.

Aktress Hong Kong itu, antara 71 yang tersenarai dalam pengurniaan Panglima Mahkota Wilayah (PMW). Majlis istiadat pengurniaan itu disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur. Majlis turut disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Jackie Chan dapat gelaran Datuk

Antara yang bersama-sama Jackie Chan untuk menerima penganugerahan itu, ialah penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias serta Dr. Zulkirli Mohamad Al-Bakri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Noorainee Abdul Rahman juga hadir pada Majlis pengurniaan itu. Begitu juga dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan menteri kabinet lain dalam majlis di Balairung Seri ini.

Jackie Chan dapat gelaran Datuk

Jackie Chan dapat gelaran Datuk

Pengurniaan darjah kebesaran ini adalah sebagai penghargaan buat mereka yang penah berjasa kepada Wilayah Persekutuan. Namun begitu, gelaran datuk buat Jackie Chan ramai dipertikai sumbangannya terhadap negara. Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor membela pertikaian itu dengan mengatakan Jackie Chan banyak berjasa kepada negara. Antara jasanya ialah membantu mempromosikan Malaysia terutamanya Kuala Lumpur melalui filem popularnya pada sekitar tahun 1992, Police Story 3.

Jackie Chan dapat gelaran Datuk

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "JACKIE CHAN TERIMA GELARAN DATUK "

Back To Top