Dikuasakan oleh Blogger.

HARGA BARU RON95 RON97 & DIESEL 1 FEBRUARI 2015


HARGA BARU RON95 RON97 & DIESEL 1 FEBRUARI 2015

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan harga baru buat petrol RON95, RON97 dan diesel mulai 1 Februari 2015. Harga semasa petrol dan diesel berubah selepas kadar itu diturunkan.

Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen berkuatkuasa selepas jam 12 malam 31 Januari 2015. Penurunan harga itu adalah berdasarkan kepada harga pasaran semasa dunia berikutan kerajaan mengumumkan penarikan semula subsidi terhadap ketiga-tiga bahan api itu.


Ekoran itu, harga runcit bagi RON95, RON97 dan Diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berikutnya. Harga baru bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 (RM2.00 seliter) dan diesel (RM1.70 seliter) akan dinikmati mulai 12.01 tengah malam 1 Februari 2015. Kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel utuk bulan Mac nanti.


Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Februari 2015 :

● RON95: RM 1.70 Sen Seliter - (turun 21 sen)
● RON97: RM 2.00 Sen Seliter - (turun 11 sen)
● Diesel: RM 1.70 Sen Seliter - (23 sen)

Harga Terdahulu (bulan Januari 2015) :

● RON95: RM1.91 Sen Seliter
● RON97: RM2.11 Sen Seliter
● Diesel: RM1.93 Sen Seliter
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "HARGA BARU RON95 RON97 & DIESEL 1 FEBRUARI 2015"

Back To Top