Dikuasakan oleh Blogger.

ASTRO AWANI JATUHKAN MARTABAT MEDIA MALAYSIA?


ASTRO AWANI JATUHKAN MARTABAT MEDIA MALAYSIA?

Astro Awani jatuhkan martabat media Malaysia..? 
Bermula dengan satu liputan yang diterbitkan oleh pihak Astro Awani pada 30 Januari 2015 jam 9.58 pm di portal rasminya. Astro Awani yang kemudiannya memaparkan terbitan itu, dengan disantapi oleh lebih 1 juta pengikutnya di laman facebook. Membawa padah apabila posting berkenaan mendapat kritikan pedas daripada pengguna laman sosial facebook.

Apa berita yang disajikan itu?
Astro Awani telah memaparkan satu posting mengenai seorang guru wanita yang mendapat surat cinta daripada seorang bapa kepada muridnya. Kisah guru cantik jelita itu sedang hangat dan menjadi viral di media sosial. Namun, kisah itu adalah sama sekali tidak benar.. Memetik pengakuan sendiri daripada wanita yang dikenali sebagai Puteri Aishah (Cikgu Aishah) itu, surat itu bukan ditujukan kepadanya. Sebaliknya itu adalah tindakan pihak-pihak tertentu yang memadankan gambarnya bersama surat tersebut.


Sebelum ini, Astro Awani juga turut membuat liputan sebanyak dua kali mengenai populariti seorang admin page facebook bernama "Amran Fans". Individu itu, cukup dikenali buat seluruh pengguna media sosial khususnya di platform facebook seluruh Malaysia.

Apakah kesan daripada itu?
Ekoran daripada itu, Astro Awani dilihat telah menjatuhkan martabat pihaknya sendiri malah juga terkesan oleh media-media lainnya di negara ini. Masakan media berarus perdana sedemikian turut menyelidik dan membuat liputan berkaitan berita yang dianggap tidak berkepentingan? Idea untuk menarik perhatian dan populariti Astro Awani dilihat tidak mengena. Tanggapan dan pandangan rakyat Malaysia secara amnya terhadap pihak Astro Awani sebagai profesional, sumber berita yang telus dan dipercayai serta bermanfaat juga turut meleset.

Tinjauan INFOKINI di laman sosial facebook rasmi Astro Awani mendapati sendiri, reaksi yang rata-ratanya kesal dengan tindakan kurang bijak dan memalukan yang ditunjukkan pihak Astro Awani. Masing-masing tidak terlepas mengutarakan komen dan pandangan mereka terhadap sajian berita tersebut.

Dari pendapat lain, sesetengah pengguna juga turut membandingkan Astro Awani dengan media-media lain yang ada di Malaysia. Rakyat Malaysia seharusnya dipaparkan dengan berita-berita yang mendewasakan masyarakat dan bukannya dengan sajikan yang memperlekehkan tahap mentaliti rakyat Malaysia.



Tag : Semasa
0 Komentar untuk "ASTRO AWANI JATUHKAN MARTABAT MEDIA MALAYSIA?"

Back To Top