Dikuasakan oleh Blogger.

WANITA MAUT DIREMPUH PELAJAR SEKOLAH

WANITA MAUT DIREMPUH PELAJAR SEKOLAH


Mangsa maut ditempat kejadian selepas dilanggar pelajar sekolah.

Kejadian berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah kampung pasir panjang di Kuala Terengganu yang mana membawa maut kepada seorang wanita ketika dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah kira-kira jam 7.15 pagi tadi , 10 November 2014 apabila dirempuh oleh seorang pelajar tingkatan empat.

Sebelum kejadian, mangsa Dayang C.Abd Kadir, 51 tahun dikatakan sempat singgah di sebuah warung untuk sarapan pagi bersama anaknya Mohamad Izzuddin Nazmi, 12 sebelum maut dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang seorang pelajar tingkatan empat SMK Tengku Bariah.



Kemalangan maut itu bermula apabila wanita berkenaan sedang melintas jalan selepas mendapati jalan agak tenang dan tidak sesak serta tidak banyak kenderaan ketika itu melainkan hanya beberapa buah motosikal sahaja. Bagaimanapun, wanita tersebut tiba-tiba dirempuh oleh sebuah motosikal jenis Yahama LC yang ditunggang laju oleh seorang pelajar sekolah itu.


Akibat rempuhan itu, wanita itu jatuh lalu kepalanya terhentak kuat di atas jalan tar dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian selepas kecederaan teruk pada bahagian kepala. Sementara itu, penunggang motosikal, pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.

Sebelum menemui ajal.. wanita berkenaan sempat menolak anaknya dengan pantas, Mohamad Izzuddin Nazmi dibahu jalan bagi mengelakkannya turut dirempuh , yang bersama-sama dengannya ketika hendak melintas jalan. Namun, anaknya juga mengalami sedikit kecederaan.

Berhubung kejadian, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata; kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Pelajar tingkatan empat yang menunggang Yamaha LC yang melanggar wanita terbabit.
Inilah pelajar tingkatan 4 SMK Tengku Bariah yang bertanggungjawab melanggar wanita berkenaan yang dilihat menunggang motosikal dengan 'membabi buta' dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Reaksi pilu dan sedih anak kepada wanita yang dilanggar.
Ini pula reaksi wajah pilu dan sedih adik Mohamad Izzuddin selepas kematian ibu tercintanya dalam kemalangan tragis itu. Dia hanya mampu melihat jasad ibunya terbaring kaku di atas jalan.

Itulah kasih seorang ibu yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan anaknya. Akibat kerakusan dan keseronokkan menunggang motosikal yang ditunjukkan oleh remaja yang bergelar pelajar... sekelip mata seorang anak kehilangan ibunya.

Memang tidak boleh dinafikan, inilah sikap kebanyakkan pelajar apabila sudah melabuhkan punggungnya ke atas kusyen motosikal. Di minda mereka hanyalah keseronokkan tanpa memikirkan padah yang mendatang. Walau apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Semoga adik Izzuddin tabah menghadapi ujian yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "WANITA MAUT DIREMPUH PELAJAR SEKOLAH"

Back To Top