Dikuasakan oleh Blogger.

KERETA TERBAKAR TONG GAS MELETUP

KERETA TERBAKAR TONG GAS MELETUP


Kuala Kangsar, Ipoh : Kemalangan berlaku di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan, hala utara selepas Terowong Menora apabila sebuah kereta Perodua Alza terbakar akibat melanggar tong gas lalu meletup.

Kejadian berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan tong gas itu dikatakan terbabas lalu terbalik menyebabkan muatannya berteraburan di atas jalan lalu dirempuh kenderaan lain dari arah bertentangan.

Anggota bomba sedang memadam kebakaran kereta perodua Alza yang terbakar
Kira-kira jam 9 pagi itu, sebuah lagi kereta jenis Proton Exora turut terlibat apabila merempuh tong gas yang bertaburan di atas itu. Namun, kereta tersebut tidak senasib dengan Perodua Alza selepas kenderaannya hanya mengalami kerosakan.

Berhubung kejadian, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Kuala Kangsar berkata, " pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.22 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami melihat sebuah lori membawa muatan tong gas jenis LPG terbalik dan tong gas berteraburan di atas jalan. Kami segera melakukan operasi pemadaman.

Kesemua mangsa terbabit dalam kejadian itu berjaya keluarkan dengan selamat dan dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan kecederaan."


Akibat insiden berkenaan, laluan di kedua-dua arah terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Insiden itu juga turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sebelum selesai operasi pemadaman dan peralihan tong gas yang berteraburan di atas jalan.

Infokini
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "KERETA TERBAKAR TONG GAS MELETUP "

Back To Top