Dikuasakan oleh Blogger.

SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KEDUA (2) 2014

SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KEDUA (2) - 2014


Senarai penuh peserta pencetus ummah musim kedua - 2014

Rancangan realiti tv dakwah kreatif Astro, Pencetus Ummah kembali lagi pada musim kedua selepas pihak Astro memperkenalkannya pada tahun lalu.

Rancangan dakwah Pencetus Ummah yang disampaikan secara kreatif oleh pesertanya memberikan kesan yang positif selepas berjaya mencipta fenomena dikalangan masyarakat Malaysia. Ternyata ini adalah langkah terbaik yang diperkenalkan oleh pihak Astro berikutan sambutan hebat berjaya dicapai.

Program realiti tv Pencetus Ummah adalah pendekatan kreatif dunia dakwah terhadap masyarakat muslim seluruh Malaysia yang dipertandingkan oleh beberapa peserta.

Pada Pencetus Ummah musim pertama tahun lalu, tempat pertama berjaya dirangkul oleh PU Hafiz yang membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Pihak Astro telah mengumumkan 10 senarai nama peserta Pencetus Ummah musim kedua yang telah berjaya terpilih dengan syarat-syarat kelayakkan di satu majlis sidang media Pencetus Ummah Musim Ke-2 yang diadakan di The Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program Pencetus Ummah musim kedua ini akan bermula secara langsung pada Khamis, jam 9.00 malam, 13 November 2014 di saluran Astro Oasis (Saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (Saluran 135).

Berikut adalah 10 senarai peserta Pencetus Ummah musim kedua 2014;


  • ☛ Mohd Lokman Ahmad (PU LOKMAN), 29 tahun dari Pahang
  • ☛ Amir Shahrizal Md Sharif (PU AMIR), 37 tahun dari Kedah
  • ☛ Azihal Bangsawan (PU AZIHAL), 31 tahun dari Sabah


  • ☛ Mohd Nasri Bin Abd Manap (PU NASRI), 40 tahun dari Kedah
  • ☛ Mohd Yusof Bin Arbain (PU YUSOF), 34 tahun dari Pahang
  • ☛ Suhaimi Mohd Yunus (PU SUHAIMI), 34 tahun dari Perak


  • ☛ Mohamad Azraie Mohamad Yunus (PU AZRAEI), 24 tahun dari Kedah
  • ☛ Johani Ibrahim (PU JOHANI), 30 tahun dari Johor
  • ☛ Azman Syah Bin Alias (PU AZMAN), 33 tahun dari Kuala Lumpur


  • ☛ Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli (PU FAIZ), 25 tahun dari Kelantan.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Astro juga telah memperkenalkan para tenaga pengajar dan pembimbing buat peserta Pencetus Ummah musim kedua ini. Ustaz Haslin Baharin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood telah terpilih bersama Ustaz Tarmizi dan Fauziah Nawi.

" Ilmu Dijiwai, Diamali. Sebarkan, Luaskan. Hikmah Dikongsi. Duniaku. Dakwahku."
Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "SENARAI PESERTA PENCETUS UMMAH MUSIM KEDUA (2) 2014"

Back To Top