Dikuasakan oleh Blogger.

BUDAK BULI SINGLET HITAM TELAH DIKENAL PASTI

BUDAK BULI SINGLET HITAM TELAH DIKENAL PASTI



Budak buli singlet hitam di sebuah asrama telah dikenal pasti.

Pelaku ( budak singlet hitam ) bersama rakan bulinya itu melakukan aksi ganas yang dilihat tiada moral dan nilai kemanusiaan terhadap beberapa orang mangsanya di sebuah asrama. Tindakkan jahat itu dikesan selepas video penyebarannya menjadi viral di media sosial terutamanya Facebook.

Perbuatan buli yang tiada perikemanusiaan itu dikritik dan dikecam hebat oleh orang ramai yang berang dengannya.

Terkini, memetik status dari facebook rasmi Pihak Polis Diraja Malaysia, budak buli singlet hitam sudah pun dikenalpasti.

Ia adalah hasil maklumat daripada orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, selepas penyiaran video kes buli tersebut pada 3 November lalu yang telah berjaya dikenal pasti.

Menurut pihak polis, kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.
Hasil semakan bersama pihak sekolah terbabit, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin yang dilakukannya.

Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti. Sehingga kini, pihak polis masih tidak menerima sebarang laporan daripada mangsa mahupun keluarga. Pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.

Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas tempoh hari.

Sementara itu, siasatan pihak polis berhubung kes buli ini masih diteruskan.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
PENOLONG KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN
6 November 2014

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "BUDAK BULI SINGLET HITAM TELAH DIKENAL PASTI"

Back To Top