Dikuasakan oleh Blogger.

TRAGEDI MH17 ADALAH PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI YANG DIRANCANG

TRAGEDI MH17 ADALAH PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI YANG DIRANCANG

MH17 merupakan pembunuhan yang dirancang
Menurut CEO syarikat penerbangan Emirates, Timothy Charles Clark, tragedi MH17 yang membawa kematian 289 penumpang dan anak kapal adalah sebagai 'Pembunuhan Beramai-ramai Yang Dirancang'.

Beliau berkata, " pesawat MH17 itu ditembak jatuh oleh pihak yang sudah merancang kematian kesemua penumpang dan kru di dalam pesawat berkenaan. Ada yang mempercayai tragedi tragis itu sebagai kemalangan, namun tidak bagi saya". Ini memang jenayah. Dia juga mahu dalang tragedi itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Ujarnya lagi, insiden MH17 ini menjadi 'game changer' kepada industri penerbangan di mana perlu ada perkongsian maklumat yang lebih baik supaya syarikat penerbangan itu boleh memilih laluan penerbangan yang selamat.

“ Setiap syarikat penerbangan perlu mempunyai maklumat ketika melalui zon-zon konflik dan sebaiknya terus mengelakkan penerbangan di kawasan seperti itu. Setakat ini, Emirates telah hentikan penerbangan ke Erbil, Damsyik dan Tripoli.

"Kami juga menghentikan penerbangan ke Sana’a kerana masih membuat pertimbangan dan  kemungkinan penghentian penerbangan juga di kawasan Peshawar dan Pakistan.

Clark berkata, " pengurusan sesebuah syarikat penerbangan perlu membuat pertimbangan sebegini sepanjang masa bagi mengelakkan sebarang risiko atau kemalangan berlaku".

Penghentian penerbangan Emirates juga dibuat di ruangan udara Iraq semenjak tragedi MH17.

Tambahnya, kita ditidak boleh meletakkan risiko kepada penumpang dan kru dalam sebuah penerbangan.


Apabila ditanya mengenai ‘survival’ MAS, Clark berkata setakat ini tiada lagi syarikat penerbangan yang berdepan dua tragedi berturut-turut dalam tempoh beberapa bulan selain MAS.

MAS, perlu menilai semula modal perniagaan mereka dan mempertimbang untuk menjenamakan semula syarikatnya. Ia kerana Malaysia Airlines melambangkan jenama negara Malaysia.

Clark juga menyelar agar industri penerbangan tidak harus duduk dan melihat sahaja dengan kehilangan dan kemusnahan pesawat MH370 dan MH17. " Kami (Emirates) akan cuba membantu MAS dalam menghadapi masalah-masalah sedemikian.”
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "TRAGEDI MH17 ADALAH PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI YANG DIRANCANG"

Back To Top