Dikuasakan oleh Blogger.

SANGGUP TENGKING BAPA KERANA TAK PANDAI PAM TAYAR KERETA

SANGGUP TENGKING BAPA KERANA TAK PANDAI PAM TAYAR KERETA

Gambar viral menunjukkan gadis (berbaju ungu) yang menaiki kereta Puegeot memarahi bapanya yang tidak tahu mengepam angin tayar kereta
Seorang pengguna media sosial Twitter, Farahsyazwanimj, telah memuat naik satu keping gambar dalam statusnya. Ternyata gambar itu menjadi viral apabila diprinstscreen di rata-rata media sosial. Statusnya berbunyi sebegini... ;

“Dia memarahi bapanya di depan orang ramai hanya kerana bapanya tidak pandai pamkan angin.

“Bapanya berpakaian kemas untuk menghadiri konvokesyen anaknya, saya menangis” kata pengguna twitter itu.


Menerusi status pengguna Twitter itu, dakwaan yang mengatakan gadis berbaju ungu (anak) menengking dan memarahi bapanya, gara-gara tidak tahu mengepam angin tayar kereta Peugeot merah yang dinaiki mereka.

Pengguna itu begitu yakin apabila juga turut berkata, bapanya berpakaian kemas seperti untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya itu. Kejadian itu berlaku kelihatan di stesen minyak Petronas.

Akibat menyebaran printscreen itu, rata-rata pengguna media sosial terutamanya Facebook mengutuk dan mengecam tindakan gadis berkenaan yang dianggap kurang ajar dan menderhakai bapanya.

Namun, setakat ini masih tiada butiran lanjut mengenai kejadian ini. Penyiasat terkemuka Detektif Conan juga gagal mengesan dan mengenal pasti gadis Peugeot merah ini.

Jika benarlah dakwaan terhadap gadis berbaju ungu itu, tindakan kritikkan dan kecaman memang wajar dilontarkan terhadapnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna Facebook mengaitkannya dengan kisah ' kiki si pembuli jalanan ', gara-gara persamaan jenis kereta yang dinaikinya iaitu Peugeot.
Tag : Semasa
1 Komentar untuk "SANGGUP TENGKING BAPA KERANA TAK PANDAI PAM TAYAR KERETA"

salam. harap admin boleh padam fitnah dan siar benda yg betul agar jadi pengajaran

https://www.facebook.com/ntsya.412/media_set?set=a.10203355733757454.1073741828.1334445897&type=1

Back To Top