Dikuasakan oleh Blogger.

MESSI CIPTA REKOD BARU DI LA LIGA

MESSI CIPTA REKOD BARU DI LA LIGA


Bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi telah berjaya mencipta rekod baru di La Liga semalam. Rekod baru itu tercipta selepas Messi menyumbang tiga gol (Hatrik) untuk Barcelona ketika menentang Sevilla di Stadium Camp Nou.

Penambahan tiga gol oleh Messi itu, telah meleburkan rekod penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga yang dipegang oleh Telmo Zarra. Rekod Telmo Zaara sebagai penjaring terbanyak itu bertahan selama 59 tahun iaitu sebanyak 251 jaringan.

Ketika perlawanan Barcelona bersama Sevilla memasuki minit ke-21, Messi telah menjaringkan gol ke-251 buat dirinya. Sekali gus menyamakan kedudukan rekod jaringan oleh Telmo Zaara.

Namun, selepas itu, Messi terus menambah gol pada minit ke-72 hingga mencipta hatrik, enam minit selepas jaringan keduanya. Sejurus tamat perlawanan, Messi disambut oleh rakan sepasukan dengan melambungkannya di udara di hadapan lebih 78,000 penyokong.

Pencapaian Messi itu, telah mengatasi dan memperbaharui rekod yang dipegang oleh Telmo Zaara sebelum ini. Iaitu dengan jumlah bilangan gol sebanyak 253 dalam 289 perlawanan.

Penyerang lagenda Athletic Bilbao, Telmo Zaara menjaringkan gol sebanyak 251 sepanjang 15 tahun kariernya dari 1940 hingga 1955 di La Liga.

Berikut adalah senarai penjaring terbanyak di kejohanan bola sepak La Liga Sepanyol.

1 - Lionel Messi - 253 (289 perlawanan)

2 - Telmo Zarra - 251 (277 perlawanan)

3 - Hugo Sánchez - 234 (347 perlawanan)

4 - Raúl Gonzalez - 228 (550 perlawanan)

5 - Alfredo Di Stéfano - 227 (329 perlawanan)
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "MESSI CIPTA REKOD BARU DI LA LIGA"

Back To Top