Dikuasakan oleh Blogger.

PODOLSKI MUNGKIN BERPINDAH DARI ARSENAL

PODOLSKI MUNGKIN BERPINDAH DARI ARSENAL



Pemain Arsenal, Lucas Podolski 29, mungkin akan meninggalkan Arsenal kerana tidak gembira berada di Emirates ketika ini.

Perpindahan Penyerang kebangsaan Jerman itu mungkin berlaku, disebabkan faktor kurang diturunkan dan tidak diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

Podolski kesal dengan pengurusan Arsene Wenger yang hanya membiarkannya memanaskan bangku simpanan sahaja. Dia mengugut untuk meninggalkan Arsenal pada jendela perpindahan Januari ini jika masih tidak diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama dalam skuad The Gunners.


"Saya tidak gembira apabila tidak dapat bermain.

"Saya ingin bermain dan bergembira dalam dunia bola sepak. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada Januari ini.

"Saya akan berbincang dengan kelab dahulu, tetapi tiada tekanan setakat ini," jelasnya.

Dia akan berbincang dengan Arsene Wenger mengenai masa depannya bersama kelab itu.

Sehingga kini, Podolski tidak pernah diturunkan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2014 -15 (EPL) yang bermula sejak Ogos lalu. Ketika kempen Piala Dunia baru-baru ini, dia diberi penampilan dan di bangku simpanan sebanyak empat kali sahaja semasa membantu pasukan Jerman merangkul Juarai Piala Dunia 2014.

Podolski menerima gaji sebanyak £90,000 seminggu bersama Arsenal selepas perpindahannya dari sebuah kelab jerman, FC Köln.

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "PODOLSKI MUNGKIN BERPINDAH DARI ARSENAL"

Back To Top