Dikuasakan oleh Blogger.

CRISTIANO RONALDO NAFI LEMPAR KATA KESAT TERHADAP MESSI

CRISTIANO RONALDO NAFI LEMPAR KATA KESAT TERHADAP MESSI


Pemain bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo menafikan dakwaan yang mengatakan dia telah melempar kata kesat dengan gelaran 'motherf*****' terhadap bintang Barcelona, Lionel Messi.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang wartawan bola sepak Sepanyol bernama Guillem Balague. Menurut penulisan wartawan itu, Cristiano Ronaldo mempunyai musuh di Barcelona iaitu Messi. Ronaldo juga telah mencaci bintang itu.

Namun, Ronaldo menafi dan menyelar dakwaan itu. "Ia adalah tidak benar dan saya telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini.


"Saya menghormati semua rakan pemain profesional dan Messi tidak terkecuali," jelas bintang Real Madrid itu melalui rangkaian sosial rasminya di facebook.

Sementara itu, dakwaan gelaran terhadap Messi oleh Ronaldo adalah dibocorkan oleh sumber dalaman di Berabeu menurut Balague.

Guillem Balague juga berkata, Ronaldo sering kali menyebut gelaran itu apabila menceritakan perihal messi atau Barcelona. Tambahnya lagi, gelaran itu bermula ketika perebutan anugerah Ballon d'Or antara Ronaldo dan Messi.

Infokini.my
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "CRISTIANO RONALDO NAFI LEMPAR KATA KESAT TERHADAP MESSI"

Back To Top