Dikuasakan oleh Blogger.

JPJ DIARAH HENTI OPERASI KESALAHAN NO PLAT KENDERAAN

JPJ DIARAH HENTI OPERASI KESALAHAN NO PLAT KENDERAAN



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarahkan untuk menghentikan operasi penguatkuasaan kesalahan nombor plat pendaftaran kenderaan.

Arahan ini dibuat oleh Menteri Pengangkutan Dato' Sri Liow Tiong Lai yang menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan setiap negeri bagi menghentikan serta-merta operasi penguatkuasaan yang dijalankannya sekarang ini.

Namun, penguatkuasaan Strobe Light dan lampu HID tetap diteruskan.


Ini adalah surat arahan daripada Menteri Pengangkutan yang telah dihantarkan kepada semua Pengarah Negeri melalui khidmat faks untuk kepada anggota JPJ di setiap negeri.

Operasi besar-besaran pihak JPJ yang dikuatkuasa melibatkan kesalahan no plat pendaftaran kenderaan ini menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati pelbagai pihak. Penguatkuasaan ini dianggap tidak semena-mena dilakukan oleh pihak JPJ terhadap pemandu rakyat Malaysia.

Orang ramai juga telah mengkritik teruk berhubung dakwaan pihak JPJ sebelum ini yang mengatakan no plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi adalah punca berlakunya kemalangan.

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "JPJ DIARAH HENTI OPERASI KESALAHAN NO PLAT KENDERAAN"

Back To Top