Dikuasakan oleh Blogger.

IMEJ SUSPEK BOM DI BUKIT BINTANG DIDEDAHKAN OLEH POLIS

IMEJ SUSPEK BOM DI BUKIT BINTANG DIDEDAHKAN OLEH POLIS
Foto oleh BERNAMA
IMEJ SUSPEK BOM DI BUKIT BINTANG DIDEDAHKAN OLEH POLIS :

Imej seorang lelaki berjaya dikesan dan didedahkan oleh pihak polis yang dipercayai terlibat dalam kes letupan bom di Bukit Bintang pada Oktober lalu.

Menurut ketua Polis Kuala Lumpur, imej lelaki berkenaan berjaya dikesan berdasarkan rakaman CCTV di lokasi insiden itu berlaku. Meskipun rakaman itu tidak jelas, pihak penyiasat PDRM telah menggunakan khidmat pelukis profesional bagi membuat lakaran suspek dengan lebih jelas.

Foto oleh NSTP
Hasil siasatan pihak polis, lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an.

Dalam rakaman CCTV itu juga, kelihatan aksi dua lelaki membaling sejenis objek yang dipercayai bom tangan ke arah sekumpulan pengunjung yang keluar daripada sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang itu.

Selepas itu, lelaki berkenaan melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, satu daripada 2 bom tangan itu tidak meletup dan berjaya dimusnahkan oleh pihak polis.

Dalam letupan itu, seorang joki kereta maut, manakala 12 mangsa yang lainnya cedera. Motif kejadian dipercayai persaingan antara kongsi gelap di kawasan berkenaan.

Berhubung kejadian, polis meminta kerjasama daripada semua pihak bagi memberkas suspek, berdasarkan lakaran yang dikeluarkan.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP R. Ananthan di talian 019-3227766 atau hubungi terus ke Bahagian Khas (D9), IPKKL di talian 03-21460685 atau pusat kawalan di talian 03-21460585/ 03-21460584 jika ada maklumat atau berjaya mengesan keberadaan suspek.

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "IMEJ SUSPEK BOM DI BUKIT BINTANG DIDEDAHKAN OLEH POLIS"

Back To Top