Dikuasakan oleh Blogger.

HARGA MINYAK RON97 TURUN

HARGA MINYAK RON97 TURUN

Minyak Ron97 Turun
Harga minyak RON97 turun. Susah benar untuk kita, rakyat Malaysia dengar perkataan ini. Bagaimanapun, ianya sudah terjadi. Mungkin ini berita baik buat pengguna minyak RON97.

Menurut timbalan menteri kewangan, Dato' Ahmad Maslan, harga minyak petrol untuk RON97 turun sebanyak 20 sen mulai jam 12 tengah malam pada 19 November 2014. Iaitu daripada RM2.75 kepada RM2.55 seliter.

Khabar berita mengenai penurunan harga minyak RON97 ini, diketahui menerusi laman twitter Ahmad Maslan sendiri yang diupdate sebentar tadi.

Dalam statusnya itu, disertakan juga surat pekeliling dari Kementerian Kewangan yang menyatakan turunnya minyak RON97 sebanyak 20sen mulai 19 November 2014.

Surat Pekeliling turunnya harga RON97 oleh Kementerian Kewangan
Penurunan harga minyak petrol RON97 ini mungkin disebabkan oleh kejatuhan harga pasaran minyak dunia.

Walaubagamanapun, berita turunnya harga minyak untuk RON97 sama sekali tidak terkesan oleh pengguna minyak RON95. Majoriti pengguna kenderaan di Malaysia menggunakan petrol RON95. Hanya golongan berada sahaja yang mampu menikmati penurunan harga minyak ini.

Harga untuk RON95 sebelum ini dinaikkan sebanyak 20 sen untuk seliter pada Oktober lalu.

Jesteru, kami berharap berita penurunan harga minyak juga sama didengari untuk pengguna RON95. 

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "HARGA MINYAK RON97 TURUN"

Back To Top