Dikuasakan oleh Blogger.

GENG MAMAK TUMPAS

GENG MAMAK TUMPAS
Antara peralatan jenayah geng mamat yang berjaya dirampas.
Dua orang ahli 'Geng Mamak' berjaya ditumpaskan oleh pihak polis hari ini.

Penumpasan ini bermula daripada hasil rondaan polis yang kebetulan terserempak dengan sebuah kereta jenis Volkswagen Jetta dinaiki ahli 'Geng Mamat'. Polis mencurigai kenderaan terbabit lalu, membuat semakan nombor pendaftaran dan mendapati ia adalah palsu.

Menyedari kejadian itu, kenderaan itu cuba meloloskan diri daripada penahanan pihak polis. Berlakulah kerja-mengejar, himpit-menghimpit. Rempuhan berlaku menyebabkan suspek gagal melarikan diri selepas satu lagi kereta polis berjaya menghalang kenderaannya.

Lantaran itu, suspek melepaskan tembakan ke arah anggota polis, namun berjaya menembak mati seorang daripadanya. Manakala seorang lagi cedera di pinggang.


Kejadian berlaku pada jam 1.45 petang tadi di tempat letak kereta Lorong Serawak, Taman Melawati Kuala Lumpur.

Suspek yang cedera kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang. Pihak polis juga menemui tujuh bilah parang, kapak, pemotong besi, topeng muka, sepucuk pistol dan 15 keping plat kereta palsu dalam kenderaan suspek.

Tag : Semasa
0 Komentar untuk "GENG MAMAK TUMPAS"

Back To Top