JALAN DI KUALA LUMPUR BERTUKAR NAMA BARU
|
Senarai Nama Baru Jalan Di KL |
Jalan di Kuala Lumpur bertukar nama baru mulai 26 November 2014. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (
DBKL) telah mengeluarkan surat pekeliling sebagai pemberitahuan untuk penamaan semula lapan jalan sedia ada di sekitar Ibu kota Kuala Lumpur dengan nama baru. Ia berkuatkuasa mulai 26 November 2014 (esok). Antara Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Duta, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ipoh, Persiaran Duta, Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah, Lebuhraya Mahameru, Persiaran Mahameru dan Jalan Semarak. Jalan-jalan berikut akan bertukar nama baru sempena mengingati nama-nama raja yang pernah ditabalkan sebagai yang dipertuan Agong. Kerja-kerja dan proses penukaran atau pemasangan papan tanda jalan baru akan bermula pada hari esok 26 November 2014 oleh pihak DBKL.
Surat Pekeliling Penamaan Semula Jalan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pada 26 November 2014
0 Komentar untuk "JALAN DI KUALA LUMPUR BERTUKAR NAMA BARU"