Dikuasakan oleh Blogger.

SUAMI ISTERI MAUT LEHER DIKELAR

SUAMI ISTERI MAUT LEHER DIKELAR


Mangsa mati terlentang di ruang ramu rumahnya.
Pasangan suami isteri warga emas ditemui maut di ruang tamu rumahnya di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil tengah hari tadi.

Kejadian itu disedari oleh anaknya yang pulang untuk menikmati makan tengah hari di rumah berkenaan ketika jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan, mangsa maut akibat dikelar dibahagian leher dan dipercayai menjadi mangsa samun.

Mangsa Zahari Yahya dan Salmah Hussin, kedua-duanya berusia 60 tahun, dijumpai mati telentang akibat kecederaan parah di leher dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa adalah pesara Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, "siasatan mendapati pasangan itu maut disebabkan beberapa tetakan di belakang leher dengan menggunakan senjata tajam."


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Anggota Polis mengusung salah seorang mangsa untuk dibawa ke bilik bedah siasat.
Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "SUAMI ISTERI MAUT LEHER DIKELAR"

Back To Top