Dikuasakan oleh Blogger.

TERKINI : TAMRIN KELUAR DARI PAS

TAMRIN KELUAR DARI PAS


SEMASA

TERKINI : Anak bekas perdana, Mohd Tamrin Abdul Ghafar yang juga bekas pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), pada hari ini 15 Okt secara umumnya telah meninggalkan PAS.

Menerusi surat yang ditandangani dan dihantar ke Pejabat Agung PAS pada hari ini,M ohd Tamrin mengesahkan bahawa beliau telah menarik diri daripada PAS selepas dua tahun menganggotai parti itu.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," katanya menerusi surat yang dialamatkan ke atas nama Setiahsaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Pejabat Agung PAS juga telah mengesahkan penerimaan surat keluar parti, yang disampaikan menerusi serahan tangan. Kemasukkan Mohd Tamrin dalam parti PAS adalah pada 11 Ogos 2012.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menyertai Umno, yang juga pasrti asalnya.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Dengan serahan surat menarik diri dari PAS, Tamrin dikatakan akan menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang memperjuangkan perpaduan antara kaum serta keharmonian negara.

-Mstar-
Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "TERKINI : TAMRIN KELUAR DARI PAS"

Back To Top