Dikuasakan oleh Blogger.

TOYOTA TARIK BALIK 1.75 JUTA KENDERAAN DI SELURUH DUNIA

TOYOTA TARIK BALIK 1.75 JUTA KENDERAAN DI SELURUH DUNIA


SEMASA

TOKYO : 15/10/14 Pengeluar kereta berjenama Toyota, telah mengeluarkan satu notis bagi menarik balik 1.75 juta modelnya yang diedarkan di seluruh dunia dek kerana terdapat risiko keselamatan pada kereta keluarannya termasuk Lexus dan Crown Majesta.

Kecacatan keselamatan keluaran itu pada komplikasi brek dan juga mengalami risiko kebakaran. Sebahagian besar masalah pada bahagian brek ini dikenalpasti melibatkan 802,000 model yang dihasilkan dari Jun 2007 dan Jun 2012 untuk edaran di Jepun dan China.

Menurut Toyota dalam emelnya kepada pengguna seluruh dunia, "ini bukan bermakna brek tidak efektif ketika digunakan tetapi prestasinya akan berkurangan selepas satu jangka masa tertentu.

Namun bagaimanapun, setakat ini Toyota masih tidak menerima sebarang laporan kebakaran, kemalangan, kecederaan atau maut yang berpunca darinya.

Sementara itu dalam isu yang berasingan sejumlah 759,000 model lagi turut dipanggil balik termasuk model mewah Lexus dan Crown Majesta kerana masalah yang baru dikenalpasti di paip saluran minyak yang berpotensi mencetuskan kebakaran.

Model-model yang terlibat adalah keluaran antara Januari 2005 hingga September 2010.

Separuh daripada jumlah yang dikenalpasti itu dijual di Amerika Syarikat manakala 109,000 lagi di Jepun.

Untuk model yang diedarkan di Jepun ia adalah keluaran Oktober 2006 dan Oktober 2014.

Empat bulan yang lalu, Toyota memanggil semula 2.27 juta modelnya di seluruh dunia kerana kecacatan pembuatan yang akan menyebabkan beg angin gagal berfungsi jika berlaku sebarang kemalangan.

Dan sejak awal tahun ini, Toyota secara keseluruhannya memanggil balik 11 juta kenderaan di seluruh dunia atas masalah-masalah teknikal dan pembuatan yang baru dikenalpasti. Toyota juga menarik balik 1.9 juta unit Toyota Prius Hybrid yang dilancarkan pada Februari lalu.

-Mstar-
Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "TOYOTA TARIK BALIK 1.75 JUTA KENDERAAN DI SELURUH DUNIA"

Back To Top