Dikuasakan oleh Blogger.

BATERI TAHAN SELAMA 20 TAHUN BAKAL DICIPTA

BATERI TAHAN SELAMA 20 TAHUN BAKAL DICIPTA



BATERI TAHAN SELAMA 20 TAHUN BAKAL DICIPTA

Bateri yang boleh bertahan selama 20 tahun telah berjaya dicipta dan dibangunkan oleh pengkaji di Nanyang Technology University ( NTU) di Singapura. Ini adalah berita baik buat pengguna telefon pintar kerana ini mungkin penyelesaian masalah bateri cepat habis dan mudah rosak.

Bateri ultra lithium-ion ini bertahan selama 20 tahun lebih 10 kali ganda berbanding dengan bateri lithium-ion yang sedia ada. Ianya bukan sahaja bertahan selama 20 tahun, malah tempoh masa mengecasnya yang juga singkat dan pantas. Mengambil masa hanya 2 minit untuk dicas semula sehingga 70 peratus daripada 0%.


Bateri ini bukan sahaja bagi pengguna gadget seperti telefon pintar, tablets dan juga laptop, tetapi juga dalam sektor autmomotif.

Oleh itu, pengguna kenderaan elektrik boleh menjimatkan beribu-ribu pada kos penggantian bateri dan boleh dicas semula kereta mereka dalam hanya beberapa minit.

Bagaimanapun, pengkaji di Universiti berkenaan, Professor Madya Chen Xiaodong berkata bateri tahan selama 20 tahun dan boleh dicas semula dengan pantas ini boleh memasuki pasaran dalam masa dua tahun lagi.

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "BATERI TAHAN SELAMA 20 TAHUN BAKAL DICIPTA"

Back To Top