Dikuasakan oleh Blogger.

BOT NELAYAN VIETNAM DIPERCAYAI DITEMBAK OLEH KUMPULAN ABU SAYYAF

BOT NELAYAN VIETNAM DIPERCAYAI DITEMBAK OLEH KUMPULAN ABU SAYYAF


KOTA KINABALU : Sekumpulan nelayan dari Vietnam telah diserang kumpulan bersenjata yang dipercayai angkara kumpulan Abu Sayyaf ketika sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan utara Kudat, Sabah dan Filipina.

Kejadian berlaku kira jam 9 pagi selasa lalu, apabila bot yang dinaiki oleh 10 orang nelayan dari Vietnam itu tiba-tiba diserang dengan tembakkan senjata api, kira-kira 22 batu nautika timur Pulau Banggi. Akibat dari tembakkan itu, dua daripada 10 nelayan warga Vietnam itu cedera ketika cuba mengelak. Namun, berjaya melarikan diri ke arah ke Pulau Sepanggar di luar bandar Sabah dan telah diselamatkan oleh polis marin sehari selepas kejadian.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kedua-dua lelaki warga vietnam yang cedera, Nguyen Nain Len, 47, dan Huynh Thanh Tuan, 33, telah kembali pulih daripada kecederaan. Tembakkan peluru itu singgah pada bahagian lutut dan rusuk warga vietnam itu.Mangsa ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth 2 selepas mereka tiba di jeti polis marin di sini kira-kira pukul 9.30 pagi Rabu.

Berhubung perkara itu, sumber risikan Filipina berkata mereka melihat kemungkinan kumpulan Abu Sayyaf adalah dalang disebalik kejadian tersebut.

Antara kecurigaan yang timbul termasuklah lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf mungkin bergerak ke utara untuk mencari mangsa tebusan kerana keselamatan yang ketat dan perintah berkurung di kawasan timur Sabah oleh pihak berkuasa Malaysia.

Pegawai Filipina telah mengambil perhatian terhadap trend itu sejak penculikan pasangan Jerman, Henrite Dielen dan Dr Stefan Viktor Okonek, 25 April lalu berhampiran pulau Filipina selatan Palawan (utara Pulau Banggi).

Pasangan itu telah diculik oleh lelaki bersenjata yang berpangkalan di Tawi Tawi dan bergerak ke utara setelah mereka gagal melepasi pasukan keselamatan Malaysia.

Pasangan itu telah diserahkan kepada militan al-Qaeda, yang mengancam untuk memenggal kepala Dr Okonek pada pukul 3 petang 17 Oktober jika tuntutan mereka untuk tebusan, pengunduran tentera AS di Syria dan Iraq, serta panggilan terhadap kerajaan Filipina untuk menyokong gabungan global IS tidak dipenuhi.

Dua rakyat Malaysia, Konstabel Zakiah Aleip, 26, dan penternak ikan Chan Sai Chuin, 32, masih ditahan sebagai tebusan oleh kumpulan berkaitan Abu Sayyaf. – mStar Online

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "BOT NELAYAN VIETNAM DIPERCAYAI DITEMBAK OLEH KUMPULAN ABU SAYYAF"

Back To Top