Dikuasakan oleh Blogger.

EDINSON CAVANI SEMAKIN HAMPIR MENJADI MILIK ARSENAL

EDINSON CAVANI SEMAKIN HAMPIR MENJADI MILIK ARSENAL


Edison Cavani memberitahu kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) bahawa masa depannya bukanlah disini dan mahu untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL), sekaligus menguatkan lagi perpindahannya ke Arsenal. Ini kerana Arsenal dilihat serius untuk mendapatkan khidmatnya.

Cavani dilihat kurang senang bersama PSG dan bersedia meninggalkan kelab itu kerana mahu beraksi pada kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal dikhabarkan telah bersedia untuk membuat bidaan dan menandatangani pemain itu apabila tindakan berkenaan turut dialu-alukan oleh Cavani.

Manakala, Chelsea dan Liverpool dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Cavani, tetapi Arsenal telah melakukan persediaan awal terdahulu termasuk memikat hati pemain terbabit.


Berhubung perpindahan itu, Paris Saint-Germain (PSG) telah menetapkan jumlah bidaan sebanyak £55 juta terhadap penyerang antarabangsa Uruguay itu.

Sebelum ini, Arsenal telah berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain Barcelona, Alexis Sanchez dengan yuran perpindahan £30 juta.

Kini, Arsenal berdepan dengan masalah kecederaan pemain tonggak utama mereka, termasuk pemain sensasinya iaitu Mesut Ozil.

Infokini.my
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "EDINSON CAVANI SEMAKIN HAMPIR MENJADI MILIK ARSENAL"

Back To Top