Dikuasakan oleh Blogger.

PERLAWANAN TUMPUAN MALAM INI : JDT VS TERENGGANU PIALA MALAYSIA 2014

PERLAWANAN TUMPUAN MALAM INI : JDT VS TERENGGANU


PIALA MALAYSIA 2014 : Perlawanan terakhir pada saingan peringkat suku akhir Piala Malaysia 2014 menyaksikan tertembungan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Terengganu yang akan berlangsung pada malam ini, 16 Okt 2014. Berlangsung pada 8.45 malam di Stadium Larkin, Johor.

Perlawanan ini menjadi menjadi tumpuan pada malam ini selepas topik hangat berhubung pindaan tarikh perlawanan. Tarikh perlawanan ini sepatutnya ditetapkan pada sabtu lepas, namun dipinda pada malam ini oleh pihak FAM. Perkara ini mendapat tentangan hebat dari pengurusan dan penyokong Terengganu disebabkan ketidakadilan berlaku.

Kemarahan itu, bertambah panas buat penyokong Terengganu apabila pihak pengurusan JDT hanya 30 keping tiket buat penyokong pelawat ke Stadium Larkin. Bagaimanapun, pihak JDT menyediakan pertambahan tiket ke 100 keping. Namun, masih menjadi ketidakpuasan hati para penyokong Terengganu dan mendakwa JDT masih menyimpan dendam.

Berhubung itu, pihak Terengganu akan mengadakan siaran langsung dengan paparan skrin besar di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu buat para penyokong mereka.

Terdahulu, Pertembungan antara JDT dan Terengganu telah bermula iaitu pada pusingan pertama peringkat suku akhir Piala Malaysia dengan keputusan terikat 0-0 di Kuala Terengganu.

Malam ini merupakan penentu bagi pasukan 4 terbaik dalam saingan Piala Malaysia 2014 yang akan mara ke peringkat separuh akhir.

Tiga pasukan yang telah menempah tiket ke separuh akhir adalah Pahang, Felda United dan Kedah.

Kemenangan antara JDT dan Terengganu pada malam ini yang akan menentukan pasukan yang akan berdepan dengan Felda United.

Penyokong JDT sanggup bermalam di kaki lima semata-mata untuk mendapatkan tiket.

Antara Penyokong beratur sejak awal pagi untuk membeli tiket untuk perlawanan suku akhir kedua Johor DT bertemu Terengganu di Stadium Larkin,Johor Bahru.
Penyokong menunjukkan tiket perlawanan JDT menentang Terengganu yang berjaya diperolehinya.
Difahamkan, penyokong perlu menunjukkan kad pengenalan diri (IC) bagi mendapatkan tiket ketika urusan jual beli.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan siaran langsung Perlawanan Tumpuan Malam Ini antara JDT dan Terengganu, bolehlah menonton pada kaca TV anda di saluran Astro Arena Saluran 801 atau TV2.

Infokini.My
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "PERLAWANAN TUMPUAN MALAM INI : JDT VS TERENGGANU PIALA MALAYSIA 2014"

Back To Top