Dikuasakan oleh Blogger.

REAL MADRID RATAH LEVANTE 5-0

REAL MADRID RATAH LEVANTE 5-0


Ronaldo ketika meraikan jaringannya bersama rakan pasukan
La Liga : Real Madrid terus menunjukkan kehebatannya selepas meraih kejayaan besar apabila berjaya meledak 5 gol dalam pertembungannya bersama Levante pada kejuaraan liga sepanyol. Perlawanan berlangung di Stadium Ciudad De Valencia.

Gol pertama Real diperoleh menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke tiga belas. Manakala gol kedua Real melalui pemain baru mereka yang juga bekas penyerang Manchested United iaitu Hernandez pada minit ke-38. Keputusan 2-0 hingga tamat babak pertama perlawanan.

Memasuki babak kedua permainan, Cristiano Ronaldo berjaya mengeleceh pihak lawan dan menambahkan lagi jaringannya pada minit ke-61. Selang 5 minit selepas itu, Real Madrid terus meratah Levante apabila jaringan keempatnya pada minit ke-66 oleh Rodriguez.

Tidak cukup dengan jaringan itu, Isco meledak gol kelima buat Real Madrid pada minit ke-82 ,hasil tendangan kencangnya ke arah gawang gol Levante. Keputusan kekal 5-0 tanpa balas hingga tamat perlawanan.

INFOKINI
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "REAL MADRID RATAH LEVANTE 5-0"

Back To Top