Dikuasakan oleh Blogger.

EPL : CHELSEA TERUS GAH MENDAHULUI LIGA

EPL : CHELSEA TERUS GAH MENDAHULUI LIGA

Reaksi Oscar bersama Hazard selepas meraihkan gol kemenangan
EPL : Chelsea terus gah mendahului liga selepas berjaya menundukkan Crystal Palace di laman pihak lawan pada perlawanan kelapan kejuaraan EPL. Keputusan perlawanan, Chelsea 2 - 1 Crystal Palace.

Kemenangan ini mengekalkan rekod tanpa kalah buat Chelsea sekaligus terus dipersanda liga dengan tujuh perlawanan berjaya dimenangi manakala satu lagi seri. Pada perlawanan ini berlakunya situasi yang agak tegang berikutan 2 kad merah dilayangkan oleh pengadil.

Gol pertama Chelsea berjaya dijaringkan oleh Oscar pada seawal minit ke-6 permainan selepas pengadil menghadiahkan sepakan percuma. Gol itu terhasil daripada percubaan terus Oscar ke arah gawang gol Crystal Palace.

Pada minit ke-40 perlawanan The Blues terpaksa beraksi 10 pemain selepas Cesar Azpilicueta diarah keluar padang kerana mengasari pemain Crystal Palace.

Pengadil ,Craig Pawson melayangkan kad merah kepada Cesar Azpilicueta selepas kekasarannya
Ketika perlawanan dianggap mula berpihak tuan rumah, kelebihan itu juga rupanya tidak lama apabila pemain Palace, Damien Delaney turut diarahkan keluar padang hanya tiga minit selepas Azpilicueta menerima kad merah.

Memasuki babak kedua corak permainan kedua pasukan tampak berbeza namun Chelsea menambahkan lagi jaringan menerusi satu gerakan cantik Cesc Fabregas pada minit ke-51.

Crystal Palace ketinggalan 2 gol di depan. Namun ketika perlawanan hampir berakhir Palace berjaya mendapatkan gol sagu hati yang dijaringkan Fraizer Campbell pada minit ke-90.

Dengan kemenangan 2-1 ke atas Palace ,Chelsea berjaya mengekalkan kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) diikuti pesaing terdekat iaitu Manchested City dengan 17 mata.

INFOKINI
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "EPL : CHELSEA TERUS GAH MENDAHULUI LIGA"

Back To Top