Dikuasakan oleh Blogger.

ARSENAL TERIKAT 2-2 BERSAMA HULL CITY

ARSENAL TERIKAT 2-2 BERSAMA HULL CITY



EPL : Arsenal nyaris malu di laman sendiri ketika dalam perlawanan yang dijadual menentang Hull City pada minggu ke lapan Liga Perdana Inggeris. Arsenal mencatatkan mencatat keputusan seri 2-2 menentang Hull City di Emirates.

Dalam perlawanan itu terlebih dulu di depan menerusi jaringan Alexis Sanchez pada seawal minit ke-13. Namun, Hull pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mo Diame yang bijak memperdaya pertahanan Gunners sebelum menewaskan penjaga gol merekan,Wojciech Szczesny.

Memasuki babak kedua perlawanan, Hull City tampil garang selepas berjaya meledak gol kedua pada minit ke-46 seminit tandukan kemas Abel Hernandez.

Ketika perlawanan hampir tamat yang dilihat berpihak kepada Hull City, Arsenal bangkit menyamakan kedudukan 2-2 apabila penyerang England, Danny Welbeck berjaya menjaringkan gol penyamaan itu , sekaligus menyelamatkan maruah Arsenal daripada diragut Hull di Emirates ketika perlawanan memasuki masa kecederaan.

Keputusan seri itu, Arsenal terpaksa berkongsi mata bersama Hull City.

INFOKINI
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "ARSENAL TERIKAT 2-2 BERSAMA HULL CITY"

Back To Top