Dikuasakan oleh Blogger.

SOUTHAMPTON MENANG BERGAYA KE ATAS SUNDERLAND

SOUTHAMPTON MENANG BERGAYA KE ATAS SUNDERLAND


EPL : SOUTHAMPTON berjaya mengukir sejarah apabila menang bergaya ke atas Suderland dalam perlawanan liga perdana inggeris pada minggu kelapan. Sunderland dimalukan pasukan tuan rumah dengan jaringan 8-0 tanpa balas pada aksi pertembungan di St Mary, Sabtu.
Pemain Sunderland,

Jaringan pertama buat Southampton oleh pemain Sunderland, Santiago Vergini dengan gol sendiri pada minit ke-12.

Enam minit kemudian Grazio Pelle minit ke-18 menambah gol kedua Southampton sebelum Jack Cord menyumbat gol ketiga pada minit ke-37.

Babak malang sekali lagi terjadi terulang selepas pemain Sunderland, Liam Bridcutt pula menyumbat gol sendiri pada minit ke-63 sekaligus mengukuhkan kedudukan Southampton dengan empat jaringan di depan.

Tidak cukup dengan jumlah itu, Pelle sekali lagi menambah gol kedua peribadinya dalam perlawanan tersebut dan kelima buat pasukan bimbingan Ronald Koeman itu.

Pemain Southampton meraikan gol mereka
Southampton menambah lagi derita pasukan pelawat apabila tiga lagi jaringan gol terhasil menerusi Dusan Tadic (78’), Victor Wanyama (79’) dan Sadio Mane (86’) menjadikan The Saints melakar sejarah tersendiri apabila pertama kali mencatat kemenangan besar lapan gol ke atas Sunderland dalam aksi liga.

Kali terakhir Southampton berpesta gol iaitu pada Disember 1921 apabila menewaskan Northampton Town. Dan selepas 93 tahun, Southampton merekodkan kemenangan terbesar mereka ini di laman sendiri bersama penyokong-penyokong setia mereka.

Dalam pada itu, kekalahan memalukan skuad kendalian Gus Poyet ini juga turut mencalarkan rekod bersih tanpa kalah Sunderland ke atas Southampton dalam lapan pertemuan aksi liga dan piala liga keseluruhan sebelum ini.

Sementara itu pemain tuan rumah, Tadic dipilih sebagai ‘Man Of The Match’ selepas menjadi pembantu kepada penjaring untuk empat gol dan turut menyumbat satu jaringan pada babak kedua.

Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan Southampton di tangga ketiga liga (16 mata) dengan ketinggalan satu mata di belakang Manchester City.

INFOKINI
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "SOUTHAMPTON MENANG BERGAYA KE ATAS SUNDERLAND"

Back To Top