Dikuasakan oleh Blogger.

MANCHESTER CITY BENAM TOTTENHAM HOTSPURS 4-1

MANCHESTER CITY BENAM TOTTENHAM HOTSPURS 4-1


EPL: Manchester City menang bergaya ke atas Tottenham Hotspurs di laman sendiri hasil daripada ledakkan penyerang utama mereka, Sergio Aguero. Manchester City yang juga juara liga perdana inggeris (EPL) musim lepas berjaya membenam Tottenham Hotspurs dengan jaringan 4-1 dalam perlawanannya sebentar tadi.

Sergio Aguero adalah watak utama dengan kemenangan City ini apabila menjadi penyumbang kepada keempat gol yang dijaringankan buat City ke atas Spurs.

Penyerang City ini, yang dilabel oleh pengurus Spurs, Mauricio Pochettino sebagai penyerang terbaik dunia yang membuktikan kelincahannya dengan meledak dua gol dalam babak permainan dengan dua daripadanya terhasil menerusi sepakan penalti.

Aguero sepatutnya mampu menambah jumlah jaringannya kepada lima namun sepakan penalti yang diambilnya pada minit ke-32 berjaya dihalang penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

Spurs turut mensia-siakan peluang untuk menambah gol pada babak kedua permainan apabila Roberto Soldado juga gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62.

Aguero cemerlang dalam penampilannya ini dengan 4 jaringan dalam satu perlawanan.

Tag : Sukan
0 Komentar untuk "MANCHESTER CITY BENAM TOTTENHAM HOTSPURS 4-1"

Back To Top