Dikuasakan oleh Blogger.

RAKYAT MALAYSIA MAUT DITEMBAK DI NARATHIWAT THAILAND

RAKYAT MALAYSIA MAUT DITEMBAK DI NARATHIWAT THAILAND


NARATHIWAT: Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati selepas disyaki ditembak di kepala dalam satu kejadian di Mukim Batong Rusak, di Narathiwat, pagi semalam.

Lelaki warga Malaysia itu berusia 50 tahun dan berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Lelaki berkenaan dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah di negara ini sebelum diseludup ke Thailand.

Sebelum ini dia juga pernah bersembunyi di selatan Thailand bagi dikesan kerana kegiatan haram yang dilakukannya.

Kini mayatnya ditempatkan di Hospital Rusak, Narathiwat, sebelum dihantar balik ke Malaysia.

Infokini.my
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "RAKYAT MALAYSIA MAUT DITEMBAK DI NARATHIWAT THAILAND"

Back To Top