Dikuasakan oleh Blogger.

KAD MERAH DILAYANGKAN GARA-GARA MENYENTUH PUNGGUNG PEMAIN

KAD MERAH DILAYANGKAN GARA-GARA MENYENTUH PUNGGUNG PEMAIN


      

Gara-gara menyentuh punggung pemain lawan, seorang penjaga gol dilayangkan kad merah ketika satu perlawanan di Honduras baru-baru ini.

Penjaga gol kelab Marathon, Junior Morales berdepan dengan layangan kad merah yang jarang berlaku itu ketika pasukan tersebut menentang Real Sociedad dalam Liga Nacional.

Morales didapati bersalah oleh pengadil kerana segaja menepuk punggung pemain lawan pada minit ke-50 perlawanan.

Bagaimanapun, pemain yang disentuh punggung tidak melakukan sebarang tindakan termasuk melawan atau meminta pengadil mengambil tindakan. Seolah-olah itu tindakan biasa.

Dengan tindakan pengadil yang melayangkan kad merah terhadap penjaga gol mereka, pemain Marathon yang enggan meneruskan permainan tersebut. Ianya juga mengundang ketidakpuasan hati pegawai pasukan itu.

Tamat permainan, dengan masing-masing terikat 1-1.

-Mstar-

Infokini
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "KAD MERAH DILAYANGKAN GARA-GARA MENYENTUH PUNGGUNG PEMAIN"

Back To Top