Dikuasakan oleh Blogger.

JDT MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2014

JDT MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2014


LARKIN : Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mara ke slot separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas menundukan Terengganu di laman sendiri.

JDT mencipta kemenangan selesa dengan keputusan agregat 3-1 ke atas Terengganu di Stadium Larkin. Gol pertama dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Shafiq Rahim pada minit ke-15 dan gol kedua menerusi pemain import mereka, Luciano Figuerao pada minit 21 ketika separuh masa pertama.

Masuk pada babak kedua perlawananan, Terengganu kelihatan bangkit selepas ketinggalan gol didepan, apabila penyerangnya Ashari Samsuddin meledak gol pertama buat Terengganu pada minit-59.
Gambar oleh ~ Metro
Namun, JDT terus menyekat kebangkitan Terengganu apabila Shafiq Rahim menambah lagi gol ketiga mereka pada minit ke-75, sekaligus menutup peluang Terengganu bagi menyamakan kedudukan.

         

Tamat perlawanan, JDT layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 dengan agregar 3-1, dan akan menentang Felda United dalam slot pertama pada 20 Oktober ini.

Ketika berdepan dengan Terengganu pada perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, JDT terikat 0-0 tanpa jaringan.

Empat pasukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia ini iaitu Felda United, Pahang, Kedah dan JDT. Pasukan Pahang akan dijadual menentang Kedah pada 19 Oktober ini di Alor Setar dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia 2014.

Infokini
Tag : Sukan
0 Komentar untuk "JDT MARA KE SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2014"

Back To Top