Dikuasakan oleh Blogger.

LELAKI INI SANGGUP BERLAKON KOMA SELAMA 2 TAHUN KERANA MENIPU

LELAKI INI SANGGUP BERLAKON KOMA SELAMA 2 TAHUN KERANA MENIPU




United Kingdom : Kerana menipu, seorang lelaki sanggup berlakon koma selama dua tahun. Semata-mata untuk melepaskan diri daripada jenayah yang dilakukannya sebelum ini.

Allan Knight, 47, dari Swansea sanggup menipu dengan mengatakan dirinya lumpuh daripada bahagian leher hingga kaki hanya untuk melepaskan diri daripada dikenakan hukuman kerana menipu wang jirannya sebanyak £40,000.

Pernipuan itu terbongkar apabila seorang doktor melihat dia boleh makan, mengelap muka juga menulis dengan sendiri dalam bilik hospital.


Aksinya menolak troli ketika membeli-belah di Tesco dan memandu kereta turut dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV).


Bagaimanapun, isterinya, Helen, cuba mempertahankan tindakan tersebut dengan memuatnaik gambar dia sedang menjaga suaminya yang berada dalam keadaan koma. Isteri Allan juga bersubahat dengan penipuan ini.

" Ini merupakan kes penipuan paling lama dapat disembunyikan sepanjang karier saya." kata Detektif Paul Harry, Polis South Wales.

Allan berhadapan dengan tindakan mahkamah atas 19 tuduhan mencuri dan memalsukan dokumen.

Dia juga berhadapan dengan hukuman penjara selama sebulan. - mStar-

INFOKINI
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "LELAKI INI SANGGUP BERLAKON KOMA SELAMA 2 TAHUN KERANA MENIPU"

Back To Top