Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) daripada terlibat dalam sebarang kejohanan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Kecemasan Fifa mendapati kerajaan negara tersebut campur tangan dalam urusan NFF.
Ia juga merupakan tindakan susulan daripada keputusan Mahkamah Nigeria yang mendapati menteri sukannya telah memecat keanggotaan NFF dan kerajaan negara itu dilantik sebagai pentadbir tunggal bola sepak, tidak lama selepas pasukan kebangsaan mereka kembali daripada saingan Piala Dunia di Brazil.
Mengikut perkara 13 dan 17 statut Fifa sesebuah persatuan bola sepak perlu diuruskan secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga atau kerajaan.
Susulan tindakan itu menyebabkan pasukan Nigeria tidak akan dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan di bawah Fifa.
Tag :
Sukan
0 Komentar untuk "FIFA GANTUNG NIGERIA"