Israel terus menerus melancarkan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza semalam dengan menyasarkan wilayah yang dikuasai Hamas itu dari udara dan laut sementara Hamas pula membalas dengan melancarkan tembakan roket.
Angka korban akibat serangan tentera Israel di Gaza terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 100 orang, kebanyakkannya adalah orang awam yang terbunuh.
Semalam satu roket yang dilancarkan Hamas berjaya menyasarkan sebuah stesen minyak di bandar Ashdod di utara Israel menyebabkan kebakaran besar dan sekurang-kurang tiga orang cedera parah. Walaupun Israel terus menggempur Gaza tetapi ia gagal menghalang bedilan roket yang dilepaskan pejuang Hamas.
Zionis berkemungkinan akan melancarkan serangan darat selepas ia menggerakkan kira-kira 20,000 anggota pasukan simpanannya.
Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "ISRAEL TERUS MEMBEDIL GAZA"