Fakta Menarik Mengenai Hitler
1. Hitler adalah seorang yang menjaga maruahnya, apabila beliau mandi, tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya.
2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam dirinya, beliau tidak pernah menaggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku.
3. Pada tahun 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau supaya membuang gaya misai kontot. Hitler selamba menjawab,
"Jangan risau tentang misaiku ini, jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya."
4. Hitler adalah seorang pemidato terbaik. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa yang dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggunakan pelbagai gaya untuk memeriahkan ceramah beliau seperti memerli perkataan "Say Heii" yang selalu digunakan oleh cheerleader di Amerika Syarikat. Seluruh penonton ketawa dan teruja sepanjang ceramah beliau.
5. Hitler adalah satu-satunya pemimpin pada WWII yang mengamalkan cara makan yang sihat. Beliau adalah seorang vagetarian, tidak minum arak serta tidak merokok. Meskipun usia beliau pada WWII boleh dikatakan sudah melebihi 50-an, tubuh beliau masih lagi mantap, segak, terampil dan aktif.
6. Hitler adalah seorang yang begitu mengagumi Islam, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:
"You see, it's been our misfortune to have the wrong religion. Why didn't we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammaden religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness..."
Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah sangat akrab. Hitler juga menubuhkan satu divisyen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang berkhidmat di rantau Balkan.
7. Meskipun banyak media Barat yang menceritakan kehidupan awal Hitler yang dikatakan sebagai dungu dan lembap, beliau sebenarnya memiliki IQ setinggi 141, hampir setaraf dengan Albert Eistein.
8. Pada penghujung usianya Hitler mengalami penyakit parkinson.
9. Hitler adalah seorang penyayang. Meskipun Barat melabelkan Hitler seorang yang jahat, beliau begitu menyayangi binatang terutamanya anjing dan kucing. Semasa perang dunia pertama beliau menjumpai anjing yang digelar Little Fox. Hitler mengajar Little Fox dengan pelbagai teknik bagi menghiburkan rakan askarnya yang lain. Ketika Little Fox hilang beliau seperti hilang semangat dan murung buat seketika.
Hitler dirakam memberi makan kepada seekor anak rusa. Tidak adil jikalau mengadili Hitler sebagai penjahat sepanjang zaman kerana ramai lagi pemimpin lain yang kejam dan zalim. Malahan kejadian Holocoust masih boleh dipertikai. Dan normal bagi setiap peperangan akan melibatkan nyawa. Tidak adil kalau dikatakan Hitler seorang pembunuh kerana pemimpin negara lain seperti Britain, Russia dan Amerika juga menyebabkan banyak nyawa melayang.
10. Hitler adalah seorang yang pandai melukis. Masa lapang beliau diisi dengan melukis pelbagai permandangan. Selain itu, tulisan tangan Hitler begitu cantik.
11. Tinggi Hitler adalah 179cm atau 5 kaki 8 inci. Beliau tidaklah sekecil mana seperti yang digembar-gemburkan oleh Barat.
Tag :
Info
0 Komentar untuk "FAKTA MENARIK MENGENAI HITLER"