Cara Meyakinkan Ibu Bapa Untuk Kahwin Muda
1. Perlulah memiliki akhlak dan sahsiah diri yang baik dan elok.
2. Pamerkan sifat yang matang terutama ketika berbicara.
3. Perkara yang penting adalah menjaga amal ibadah. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan sebagainya.
4. Matlamat untuk berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah.
5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih lagi belajar, anda boleh berniaga kecil-kecilan atau boleh bekerja part-time.
6. Jika anda berdua masih lagi belajar, pastikan anda mengutamakan pelajaran jangan abaikan.
7. Jangan abaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. Suami perlu memberi nafkah secukupnya kepada isteri dan isteri perlu patuh kepada suami.
8. Beritahu kepada ibu bapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.
9. Kenalkan pasangan anda kepada ibu bapa anda.
10. Berbincanglah dengan lemah-lembut dengan ibu bapa anda tentang hasrat anda untuk berkahwin.
Tag :
Info
0 Komentar untuk "CARA MEYAKINKAN IBU BAPA UNTUK KAHWIN MUDA"