Dikuasakan oleh Blogger.

KOLEKSI GAMBAR KARTUN UPIN & IPIN

KOLEKSI GAMBAR KARTUN UPIN & IPIN

Sebut saja siri kartun Upin dan Ipin sememangnya masyarakat Malaysia sudah sangat- sangat mengenali siri animasi ini. Upin dan Ipin siri animasi No.1 dan paling popular di Malaysia yang mendapat tempat utama di hati masyarakat Malaysia terutamanya di kalangan kanak-kanak di negara ini. Ini kerana siri animasi ini mampu menarik perhatian ramai dan memiliki aura sentuhan yang kreatif dalam pembikinan animasi ber-3D ini. Kartun Upin dan Ipin , tayangan singkat berdurasi dalam lingkugan 20 minit itu yang disiarkan melalui saluran TV9 ini sarat dengan nilai-nilai murni dan pengajaran dalam kehidupan serta mencuit hati. Ia bertujuan mendidik kanak-kanak agar penuh dengan nilai-nilai murni supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif dalam minda kanak-kanak. Maka tidak hairanlah ianya mendapat tempat utama di hati peminat serta ditambah lagi dengan kecomelan dan gelagat menarik dua watak utama iaitu 'Upin dan Ipin'.


Dihasilkan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Les' Copaque Production Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada Disember 2005 oleh pengasasnya Haji Burhanuddin Mohd Radzi , Hajah Ainon Ariff dan Usamah Zaid. Siri kartun upin dan ipin bukan sahaja memiliki peminat di Malaysia, malah ada juga dari negara serantau seperti Singapura , Brunei , Indonesia dan sebagainya kerana turut melebarkan sayap ke negara-negara luar sedemikian.

Kerana kejayaan yang mampu memiliki jumlah peminat yang luar biasa, Siri kartun Animasi Upin dan Ipin ini disenaraikan dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai animasi paling berjaya dan awesome!

Syarikat Les' Copaque Production Sdn. Bhd. juga ada menerbitkan beberapa lagi siri animasi iaitu ' Pada Zaman Dahulu' yang kini kian meningkat jumlah tontonannya. Animasi ini menerapkan kisah-kisah tauladan. Anda boleh tonton animasi ini di laman Youtube. Juga akan muncul satu lagi siri animasi dari syarikat ini yang berjudul ' Puteri ' bakal ditayangkan tak lama lagi di saluran TV3.

Baiklah tanpa berceritakan dengan lebih banyak lagi, di sini dikongsikan beberapa keping koleksi gambar kartun Upin dan Ipin untuk dijadikan santapan buat peminat-peminat tegar Upin dan Ipin ini.












Berita baik buat peminat setia Upin dan Ipin. Bakal ditayangkan 2 lagi episod terbaru yang berjudul 'warna-warni' yang akan ditayangkan pada 13, 15, dan 16 September ini, pada jam 5:30 petang di saluran TV9. Manakala satu episod lagi iaitu 'Jaga Dan Hargai Mata' disiarkan pada 18 dan 20 September juga jam 5:30 petang.




Semoga dengan perkongsian koleksi gambar kartun Upin dan Ipin ini sedikit sebanyak dapat menyenangkan hati pembaca di laman ini.
Tag : Santai
0 Komentar untuk "KOLEKSI GAMBAR KARTUN UPIN & IPIN "

Back To Top