ROSLI NI TAK BERGAUL DENGAN ORANG, SEBAB TU TAK DAPAT ZAKAT
“Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.”
Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.
Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.
Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.
"Anak ada tiga, seorang darjah tiga, seorang darjah satu dan seorang lagi pra-sekolah.
"Mereka mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan, jadi tiga anak ini akan berkongsi RM300 untuk wang belanja serta keperluan sekolah sehari-hari," katanya.
“Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan” - Rosli
Rosli terlibat dalam satu kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah pada tahun lepas.
Sejak itu, dia hanya terbaring di atas katilnya setelah seharian mencari rezeki ala kadar dengan kerja-kerja kampung.
Rosli kini tinggal di rumah sewa selepas beberapa kali berpindah dan menetap bersama ibunya yang berusia 77 tahun.
Kata Rosli, paling menyedihkan apabila dikatakan ketua kampungnya tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lepas.
"Dia (ketua kampung) tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Dia seolah-olah tidak mahu melayan saya.
"Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan. Saya sudah memohon namun sehingga kini masih tidak ada sebarang maklum balas.
"Kenapa jadi begini? Saya rasa benar-benar layak untuk mendapat zakat dan keperitan hidup dengan bergantung kepada wang bantuan persekolahan, JKM dan kerja-kerja kampung dengan keadaan diri yang tidak sempurna benar-benar memeritkan," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek berkata, Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya.
Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan, Rosli juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya.
"Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana.
"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.
"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.
Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.
"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.
"Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya.
Menurut laman Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), agihan zakat di negeri itu pada tahun 2013 adalah RM76,833,689.98.
Ia merangkumi agihan antaranya kepada amil, miskin,muallaf, fakir dan fisabillilah.
Tag :
Semasa
29 Komentar untuk "ROSLI NI TAK BERGAUL DENGAN ORANG, SEBAB TU TAK DAPAT ZAKAT"
Assalamualaikum
Ado no contact ke alamat ke Saudara Rosli ni esey kampong kek Pilah yo
Datuk Hasan Malek juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada Rosli bhw beliau tidak hidup bermasyarakat tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai kehidupan seharian Rosli menguruskan ketiga2 ank dlm keadaan tdk sempurna begitu.
Bodoh2 la menteri skunk..
Isi borang mcm2 mintak nak ni nak 2..borang panjang lebar...kalau dah isi pun belum tentu dpt..mintak maaf kalau terkasar...mkin datuk belum rasa apa maksud kesusahan..

sekoq lagi suku sakat ahmad maslan..khakthuii setepek kt dahi dia..camna la keldai leh jd menteri ni..

Dahla orang tu susah.. cakap macam tu.. kerja jabatan agamala yg kene cari mana2 lagi orang susah.. bukan dok kat ofis je.. ketua kampong pon sombong mcmmn..
Dahla orang tu susah.. cakap macam tu.. kerja jabatan agamala yg kene cari mana2 lagi orang susah.. bukan dok kat ofis je.. ketua kampong pon sombong mcmmn..
Kena spisis JKKK pilih bulu senangkan kroni dlu. Yg susah pandai2 la menabung bayar tambang teksi ulang alik isi borang yg x pasti bila nak lengkap tu. Ini kenytaan..konon dah tersenarai tp sampai sudah bantuan x dpt.
Macam mana nak cakap ek? Nak kata bodoh, belajar tinggi. nak kata tiada kuasa, seorang pemimpin. Jawapan yg diberi oleh pemimpin ni sangat2 mengecewakan. Kata bidalan macam meludah kelangit.
Birokrasi melebih lebih mcm mana bantuan nk sampai...igt tu amanah si pberi zakat utk kalian..kalau borang x lengkap turun padang cari si pemohon..da tentu2 org tu susah..nk gerak sana sini pn pkai duit oiii...please act beyond expectations..jgn nk tunggu org menyembah je..
Tgk sendiri keadaan Rosli macamana....so dgn common sense je blh tau setakat mana kemampuan die utk hidup bermasyarakat....bukan tgk dr kemampuan menteri...
Isi borang zakat mcm isi borang peraduan ke? Asal salah je rejek. Mcm berjudi
Isi borang zakat mcm isi borang peraduan ke? Asal salah je rejek. Mcm berjudi
Isi borang zakat mcm isi borang peraduan ke? Asal salah je rejek. Mcm berjudi
Untunglah ada menteri yang cepat salahkan rakyat. Apa buleh buat rakyat jugak yg pangkah menteri ni.. Hihihi
77 milion ko bg kat negeri tu????untuk ape??untuk juadah buka puasa??atau bayar mnyk kereta bodoh ko??org sakit yg paling teruk n kritikal ble org tu rse terpinggir dr masyarakat..Ko JKM negara bayar ko tuk tolong org susah, ko naik kepala plak mintak puji org susah..dasar masyarakt xde kepala otak, kepala otak binatang, anjing lg mulia dr ko..sepatutnya duit zakat bagi balik kepada pemberi zakat sbb JKM XLAYAK PEGANG DUIT TU..suh diorg makan taik je arr drpd makan gaji haram..mintak puji plak..negara bayar ko tuk tolong org susah, ko tolong je la bodooohhh!!!
Ada... Suami saya ada no phone die
sis..tlg bg no phone en.rosli ni..xpon no acct..xdpt tlg bnyk skrg2 dpt tlg ape mampu..:)
Menteri bodoh nk mampus.. Ko tak layak jadi menteri bagi alasan mcm lembu.. Ko, maslan, zahid, nazri semua otak kat lutut.. Mkn duit rakyat bnyak sangat mmg otak beku!
Inilah yg dikatakan mahukan jawatan untuk disembah..
Inilah yg dikatakan mahukan jawatan untuk disembah..
Inilah yg dikatakan mahukan jawatan untuk disembah..
Dah tau lumpuh cmne nk campur.masyarakat..bodo..
Semua Rosli , Rosli, Rosli , Rosli. Semua salah Rosli. Mana si Rosli tu nak tau borang tak lengkap ke. Borang terlebih isi maklumat ke. Rosli tu tak boleh berjalan kot. Pastu kat Malaysia ni pengangkutan awamnya mesra OKU ke. Nak bercampur macam mana Hassan oi. Kalau buat dia nak kencing ke berak ke kan nanti susah jadinya. Adoi ii ii lah. Napa lah menteri2 Malaysia ni asal buat kenyataan je memang nak nampakkan %=£¥₩_+÷% €£¥₩£=&$#@/^&*₩!+%% €% ¥ dorang. Apo bondo eh laie yang nak disiasat tu. Boghi yolah kek dio . Duit tu memang ompok dio pun. Ni kalau dapek kek church laju yo diboghi bantuan. Zakat setobal 127 muko surat nak diponohkan tu pun belum tinta yo laie dapek . APO KONG EH JANG!