Dikuasakan oleh Blogger.

PUNCA SEBENAR LELAKI TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA SOLAT JUMAAT

Tampar Imam Negara

PUNCA SEBENAR LELAKI TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA SOLAT JUMAAT

Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku, apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab tiba-tiba menampar imam, ketika sedang mengimamkan solat jumaat di Masjid Negara kira-kira 1.45 tengah hari tadi.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara ke-2, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, kemudian lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu bertindak menamparnya sebelum jemaah yang berhampiran tampil mengheret lelaki berkenaan keluar daripada ruang solat utama dengan dibantu pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu polis tiba.

Ketika pergelutan itu, wartawan yang berada di lokasi mendengar lelaki itu menjerit dalam bahasa Arab, antaranya bermaksud 'Malaysia syaitan'. Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.

Imam Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat jumaat yang diimamkannya.


Reaksi Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim susulan insiden dia ditampar :

"Saya ingatkan sangkut bacaan, tengok-tengok terus dia datang dan tampar.

"Dia nak jadi imam kot rasanya," katanya.


VIDEO MELALUI CCTV KETIKA KEJADIAN




Rakaman CCTV Imam Masjid Negara ditampar ketika solat Jumaat
Rakaman CCTV Imam Masjid Negara ditampar ketika solat JumaatVideo selepas ditangkap : https://goo.gl/MMkTbbMore : Sukan Star TV @ Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Friday, September 18, 2015

Melalui rakaman CCTV, lelaki itu dilihat bergerak mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat sebelum menampar imam berkenaan yang memimpin solat dan memaksa solat dihentikan.


Orang ramai tak puas hati. Tindakan luar jangkaan itu kemudiannya mencetuskan sedikit kekecohan diluar masjid ketika lelaki tersebut hendak diserahkan kepada polis.



Sementara itu, Polis mengesahkan lelaki berkenaan berusia 31 tahun dari Kashmir, INDIA.

PUNCA SEBENAR kejadian dipercayai, lelaki berkenaan dikatakan mengalami gangguan mental berikutan suspek dilihat tidak waras kerana bercakap seorang diri. 

Suspek mendakwa bahawa dirinya mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.
Tag : Semasa
5 Komentar untuk "PUNCA SEBENAR LELAKI TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA SOLAT JUMAAT"

kdg2 dlm solat pun ada gguan...
biasa lah tuh...
mohon kpada sume jgn mmbuat cerita yg x betul...
mmg salah si penampar...tpi kalau dy x sdr...
kita msih nk salahkn dy...
minta kepada imam maafkan si penampar...
insyaAllah..sgala amalan dan sifat mudah mgmpunkn di nilai sbgai ibdah disi Allah...
salam alaik....

kdg2 dlm solat pun ada gguan...
biasa lah tuh...
mohon kpada sume jgn mmbuat cerita yg x betul...
mmg salah si penampar...tpi kalau dy x sdr...
kita msih nk salahkn dy...
minta kepada imam maafkan si penampar...
insyaAllah..sgala amalan dan sifat mudah mgmpunkn di nilai sbgai ibdah disi Allah...
salam alaik....

berhasulinasi adalah salah satu punca dr jngkitan rabbies.. bahaya tu...

Orang yg kurang akal apabila ia marah kita bersabar itu adalah lebih baik....buat kita

Orang yg kurang akal apabila ia marah kita bersabar itu adalah lebih baik....buat kita

Back To Top