Dikuasakan oleh Blogger.

" BARU SEBULAN KENA JEREBU DAH MERUNGUT ! " - MENTERI INDONESIA

Yusof Kalla

" BARU SEBULAN KENA JEREBU DAH MERUNGUT " - MENTERI INDONESIA

Kurang senang buat penduduk Malaysia apabila salah seorang pemimpin tertinggi Indonesia mengeluarkan 'kenyataan tidak bijak' berhubung krisis jerebu yang berulang setiap tahun melanda negara ini.

Semalam, Timbalan Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengkritik negara-negara jiran yang merungut tentang jerebu dan mendakwa mereka tidak bersyukur dengan udara bersih yang diberikan sepanjang tahun sebelum itu. 

"Malaysia, Singapura dan Brunei seharusnya bersyukur kerana dapat menikmati 11 bulan udara segar berbanding 1 bulan jerebu, dan bukannya terus mengkritik Indonesia. Mereka tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kami," katanya. 

"Mereka (Malaysia, Singapura & Brunei) telah dilanda jerebu selama sebulan dan mereka merungut," katanya memetik laporan Jakarta Globe pada Selasa, hari ini.

Mengimbas kembali pada tahun 2013, bila Agung Laksono, menteri dalam kerajaan sebelum ini menyelar Singapura yang menyalahkan Indonesia atas pencemaran udara yang berlaku. 

"Singapura tidak sepatutnya berperangai seperti budak-budak yang panik tidak tentu pasal," katanya.

Ekoran kenyataan yang dianggap BODOH itu, Yusuf Kalla telah disama tarafkan dengan pemikiran Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Akibat dari kenyataan itu juga, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono terpaksa memohon maaf kerana jerebu.

Menurut Jusuf Kalla, Indonesia telah berkali-kali memohon maaf di atas kebakaran hutan yang telah membawa kepada pencemaran udara di Malaysia dan Singapura.

Kerugian yang dialami oleh Indonesia kerana kebakaran hutan itu juga amat besar. Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan melaporkan kerugian yang dicatatkan dari 26 Februari hingga 4 April tahun 2014 adalah dianggarkan sebanyak AS1.6 bilion. - TheHypeMedia
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "" BARU SEBULAN KENA JEREBU DAH MERUNGUT ! " - MENTERI INDONESIA"

Back To Top